Judul : 3.5 juta individu bangkit sertai tentera Pyongyang
link : 3.5 juta individu bangkit sertai tentera Pyongyang
3.5 juta individu bangkit sertai tentera Pyongyang
Pelbagai golongan termasuk pelajar dan buruh didakwa memohon berkhidmat dalam tentera.
PYONGYANG - KOREA UTARA. Korea Utara mendakwa kira-kira 3.5 juta individu menyertai tentera Korea Utara untuk mempertahankan negara itu jika peperangan tercetus dengan Amerika Syarikat (AS).
"Seluruh rakyat bangkit untuk melancarkan serangan balas beribu kali terhadap Washington. Mereka yang telah mendaftar untuk menyertai tentera Pyongyang termasuk askar bersara dan pelajar," menurut laporan diterbitkan akhbar Rodong Sinmun.
Di wilayah Hwanghae, seramai 89,000 pemuda memohon untuk berkhidmat dalam tentera pada 9 Ogos lalu manakala lebih 20,000 pelajar, anggota parti dan buruh di daerah Daedong di wilayah Pyongan Selatan telah mendaftar bagi tujuan sama.
Sejak beberapa hari lalu, perang retorik telah tercetus antara AS dan Korea Utara yang mana kedua-dua belah pihak mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap satu sama lain.
Jumaat lalu, China, Rusia dan Jerman turut beri amaran terhadap Washington dan Pyongyang berhubung perang retorik tersebut yang dikhuatiri mencetuskan peperangan sebenar. - Press TV
Demikianlah Artikel 3.5 juta individu bangkit sertai tentera Pyongyang
Sekianlah artikel 3.5 juta individu bangkit sertai tentera Pyongyang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 3.5 juta individu bangkit sertai tentera Pyongyang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/35-juta-individu-bangkit-sertai-tentera.html