[Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK.

[Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK.
link : [Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK.

Baca juga


[Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK.

Jumaat, 21 Julai 2017

Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK

Seorang ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu 1MDB di parlimen negara itu hari ini.
Usul dikemukakan anggota pembangkang itu menyatakan, parlimen bimbang dengan dakwaan berlaku salah laku dalam 1MDB, dan menggesa kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
"(Ini) untuk menunjukkan komitmen untuk berlakunya pilihan raya yang bebas dan adil, terutama apabila mengambil kira Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada 2020.
“(Parlimen) menggesa kerajaan memastikan dakwaan berlaku penyelewengan dana dari Malaysia untuk membeli aset di UK disiasat sepenuhnya," kata usul itu.
Bagaimanapun, usul awal itu hanya mendapat sokongan kecil sejak ia dikemukakan pada 18 Julai.
Setakat berita ini ditulis pada jam 4 petang ini (waktu Malaysia) hanya tiga orang anggota parlimen menyatakan sokongan terhadap usul dikemukakan oleh wakil Parti Buruh, Ann Clwyd itu.
Seorang daripada mereka ialah Ann sendiri.
Hanya merekodkan pandangan
Turut dibangkitkan dalam usul itu ialah larangan Putrjaya terhadap anggota parlimen tempatan membincangkan isu 1MDB di parlimen Malaysia.
Dua lagi anggota parlimen yang memberikan sokongan kepada usul itu ialah Alan Brown dari Parti Kebangsaan Scotland dan Jim Shannon (Parti Kesatuan Demokratik).
Sebagai perbandingan, usul awal paling banyak mendapat sokongan untuk sidang 2017 - 2019 itu ialah cadangan melaksanakan skim pencen lebih adil untuk wanita.
Ia mendapat 182 sokongan sejak dibentangkan pada 27 Jun lalu.
Untuk rekod, usul Ann (gambar) itu bukanlah yang pertama membabitkan 1MDB di parlimen UK.
Pada 9 November 2015 Ann juga membawa usul menggesa perhatian diberi kepada larangan perbincangan awam serta kebebasan bersuara ekoran pilihan raya umum ke-13 serta skandal 1MBD.
Untuk rekod, berdasarkan keterangan pada laman sesawang parlimen, usul awal - dikenali sebagai early day motion (EDM) - adalah prosedur rasmi untuk sesuatu usul dibahas tanpa sebarang masa khusus ditetapkan.
Oleh kerana itu, hanya sebahagian daripada usul seumpama itu yang dibentang dan dibahaskan di parlimen.
Ia biasanya dikemukakan untuk merekodkan pandangan wakil rakyat atau menarik perhatian anggota parlimen terhadap sesuatu isu. Ia meliputi topik yang sangat luas.
Bagi tempoh 2015 - 2016, sebanyak 1,457 EDM dibentangkan dan secara purata bagi setiap sidang, hanya enam atau tujuh yang menarik lebih daripada 200 sokongan, manakala 70 atau 80 lagi mendapat lebih 100 sokongan.
Malaysiakini.


Demikianlah Artikel [Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK.

Sekianlah artikel [Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Pemberontak Umno diterima baik Pakatan Harapan] Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/video-pemberontak-umno-diterima-baik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :