Judul : SERANGAN HOSPITAL: SEORANG MAUT, ENAM CEDERA
link : SERANGAN HOSPITAL: SEORANG MAUT, ENAM CEDERA
SERANGAN HOSPITAL: SEORANG MAUT, ENAM CEDERA
New York - Seorang maut manakala enam lagi cedera dalam serangan di sebuah hospital di sini, semalam di mana penyerang turut menembak dirinya sendiri, lapor Huffington Post.
Insiden tersebut berlaku pada jam tiga petang di tingkat 16 dan 17, Hospital Bronx Lebanon, empat daripada mangsa tembakan termasuk yang terbunuh merupakan doktor di sana dan selebihnya merupakan orang awam.
Media tempatan melaporkan penembak, Dr Henry Bello, 45, merupakan bekas doktor di hospital tersebut yang diberhentikan pada tahun 2015 kerana terlibat dengan gangguan seksual.
Beberapa saksi kejadian mengatakan bahawa Bello memasuki kawasan hospital dengan memakai kot putih dan bersenjata jenis M16 yang disembunyikan di sebalik kotnya itu sebelum melepaskan tembakan secara rawak.
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mendakwa serangan tersebut merupakan insiden yang mengerikan.
"Seorang doktor kehilangan nyawanya dan beberapa doktor lain kini sedang berjuang untuk terus hidup," katanya ketika memberi bercakap di luar hospital tersebut.
Demikianlah Artikel SERANGAN HOSPITAL: SEORANG MAUT, ENAM CEDERA
Sekianlah artikel SERANGAN HOSPITAL: SEORANG MAUT, ENAM CEDERA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SERANGAN HOSPITAL: SEORANG MAUT, ENAM CEDERA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/serangan-hospital-seorang-maut-enam.html