Judul : Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik.
link : Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik.
Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik.
Kebelakangan ini banyak pula bibik yang kantoi mencuri di rumah majikan ye, agaknya sebab nak raya ini di kampung banyak nak guna duit jadi dia orang ambil pendekatan paling cepat dengan mencuri.Walau selama mana pun bibik kita itu bekerja dengan kita kalau boleh jangan letakkan kepercayaan sepenuhnya ke atas mereka kerana kita sendiri pun belum tentu mengenali hati budi mereka dengan baik.
Tidak di nafikan mengambil pembantu rumah boleh meringankan serta memudahkan urusan kita seharian, namun begitu mengambil warga asing sebagai pembantu rumah perlu kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan di kemudian hari.
Menurut laporan mStar Online, terdapat satu laporan lagi berhubung kecurian yang membabitkan pembantu rumah telah dilaporkan dan kali ini kejadian tersebut menimpa seorang pelakon wanita.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di Thailand.
Nazia atau sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh jiran tetangganya yang curiga tentang tingkah laku bibik berkenaan.
"Pembantu rumah itu hanya pembantu rumah sementara dan baru bekerja selama seminggu dengan saya, pihak ejen menggantikan dia kerana bibik yang lama sudah melarikan diri.
"Pada awalnya saya ada rasa berat hati untuk meninggalkan dia bersendirian di rumah itu tapi tiada pilihan lain. Kami sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik lain sudah lama merancang untuk ke Thailand pada sambutan hari raya ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Aktres berusia 40 tahun itu berkata, dia sekeluarga bertolak ke Selatan Thailand pada malam hari raya pertama iaitu 26 Jun lalu dengan menaiki kereta.
Bagaimanapun, baharu dua hari percutian itu, dia dimaklumkan oleh jiran tentang kelakuan orang gaji tersebut yang pelik dan mencurigakan.
"Jiran beritahu saya tentang perangai ganjil pembantu rumah yang keluar masuk melalui laluan tong sampah.
"Jadi saya minta mereka masuk rumah saya dan melihat apa yang berlaku. Memang ada tanda-tanda pintu dipecah dan orang gaji juga sedah melarikan diri," ujarnya.
Sementara itu, Nazia berkata, dia mengambil keputusan untuk meneruskan percutian seperti dirancang bagi tidak mengecewakan ahli keluarga yang lain.
Tambahnya, dia pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada hari yang sama.
"Kali ini kami ke pulau-pulau di Thailand menaiki kereta, jadi jika nak balik perlu ambil masa 16 jam. Saya teruskan juga percutian biarpun hati tidak tenang.
"Semalam baru saya sampai Malaysia. Masa itu memang sudah sedia mental dan tidak terkejut. Selepas itu saya terus buat laporan polis.
"Satu bilik saya digeladah dan berjaya ambil wang tunai, barang kemas dan barangan hiasan serta 10 jam tangan berharga saya dan suami," ujarnya.
Dalam pada itu, aktres ini berkata, dia percaya bahawa kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri buatnya.
Katanya lagi, ini merupakan risiko yang perlu diambil jika mendapatkan khidmat pembantu rumah warga asing. mStar Online
Demikianlah Artikel Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik.
Sekianlah artikel Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/selepas-aliff-syukri-dan-nur-sajat-kini_2.html