PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah

PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah
link : PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah

Baca juga


PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) rasa terhina  selepas disiasat kerana menceroboh sebuah syarikat pajakan kenderaan baru-baru ini.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar itu berat sebelah.
“PPIM bukan persatuan ceroboh. Kita ada etika dan panduan. Kita ada 25 peguam bersama kita,” katanya kepada FMT.
“Apa yang dikatakan KPN – bagi saya – berat sebelah, dan saya sedih dan kecewa. Kita bukan musuh dengan polis.”
Khalid hari ini berkata polis menjalankan siasatan ke atas PPIM yang mengambil tindakan sendiri dengan menceroboh ke syarikat berkenaan tanpa merujuk kepada polis.
PPIM menghantar 5 anggotanya bersama 2 pengamal media bersama 100 lebih mangsa bagi melakukan serbuan terhadap sebuah syarikat pajakan kenderaan 10 Julai lalu. Dalam serbuan itu, mereka mengambil 56 kenderaan yang disimpan dalam gudang syarikat.
Dua hari kemudian polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung “pencerobohan” gudang itu dan menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang.
Khalid menafikan dakwaan PPIM mengatakan polis tidak mempedulikan laporan pengadu, dan menjelaskan mereka mengikut proses yang ditetapkan.
“Apabila ada laporan, kita cari saksi, rakam percakapan…kita kena jalankan siasatan, kumpul keterangan sebelum memajukannya siasatan itu kepada pejabat peguam negara untuk mereka buat keputusan seterusnya sama ada nak tuduh atau tidak,” kata Khalid lapor Harian Metro.
PPIM bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan itu. Yusuf berkata PPIM akan ke SPRM bersama pengadu terlibat, sama ada polis ambil tindakan atau tidak terhadap kes mereka.
“Kita akan buat laporan SPRM bersama mangsa,” kata Yusuf. - http://ift.tt/IrnvO1


Demikianlah Artikel PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah

Sekianlah artikel PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPIM terhina disiasat kerana menceroboh, kata KPN berat sebelah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/ppim-terhina-disiasat-kerana-menceroboh_19.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :