Judul : PM SAMBUT BAIK CADANGAN BERKAIT KEAGAMAAN , KEROHANIAN
link : PM SAMBUT BAIK CADANGAN BERKAIT KEAGAMAAN , KEROHANIAN
PM SAMBUT BAIK CADANGAN BERKAIT KEAGAMAAN , KEROHANIAN
Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai cadangan-cadangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia berkaitan dengan Transformasi Nasional 2050 (#TN50) mengenai keagamaan dan kerohanian.
Menurutnya, beliau mengharap agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan mengambil bahagian dalam dialog TN50 pada masa akan datang.
"Saya mengucapkan terima kasih atas cadangan-cadangan yang telah diemel atau dikongsi di laman-laman sosial.
"Sambutan yang menggalakkan ini menggambarkan semangat serta sokongan yang diberikan oleh rakyat terutama daripada generasi TN50 sendiri," katanya menerusi blog milik beliau.
TN50 adalah usaha kerajaan dan rakyat untuk mencorak masa depan negara bagi tempoh 30 tahun bermula 2020 hingga 2050.
Sebelum ini, Najib telah menjemput orang ramai menerusi medium 'online' untuk berkongsi aspirasi dari sudut keagamaan dan kerohanian dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat berbilang kaum dan agama.
Beliau turut berkongsi beberapa cadangan bernas yang diperolehinya melalui laman Twitter dan Facebook.
"Antara cadangan yang menarik perhatian saya ialah diwujudkan 'Quranpedia' yang boleh menjadi sumber rujukan semua pihak tidak kira agama di Malaysia dan mewujudkan pendidikan agama setiap hari di masjid-masjid atau suray di seluruh negara.
"Selain itu, terdapat juga cadangan agar lebih banyak dialog antara agama demi mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam antara rakyat Malaysia yang berbeza agama.
"Di samping itu, subjek pendidikan moral di sekolah dirombak semula dengan menerapkan unsur-unsur persefahaman antara agama yang sesuai dengan status Malaysia yang berbilang kaum," katanya lagi.
Demikianlah Artikel PM SAMBUT BAIK CADANGAN BERKAIT KEAGAMAAN , KEROHANIAN
Sekianlah artikel PM SAMBUT BAIK CADANGAN BERKAIT KEAGAMAAN , KEROHANIAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM SAMBUT BAIK CADANGAN BERKAIT KEAGAMAAN , KEROHANIAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/pm-sambut-baik-cadangan-berkait.html