Judul : Pembohongan @cmlimguaneng Mengenai Kerajaan BN Pulau Pinang Menjual Tanah RM1 Per Kaki Persegi, Ini Penjelasannya
link : Pembohongan @cmlimguaneng Mengenai Kerajaan BN Pulau Pinang Menjual Tanah RM1 Per Kaki Persegi, Ini Penjelasannya
Pembohongan @cmlimguaneng Mengenai Kerajaan BN Pulau Pinang Menjual Tanah RM1 Per Kaki Persegi, Ini Penjelasannya
Setiap kali Rejim DAP Pulau Pinang dikritik kerana penjualan tanah dan aset negeri yang kerap untuk menampung peningkatan perbelanjaan Kerajaan Negeri melangkaui 500%, sebanyak itu jugalah pembohongan ditabur oleh Rejim DAP Pulau Pinang kononnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menjual 'tanah' kepada 'kroni' atau syarikat swasta pada RM1 per kaki persegi.
Bagi menjawab pembohongan berkenaan, berikut adalah fakta-fakta yang berkaitan:
1. Tanah yang dijual bukan tanah asal sebaliknya tanah tambakan laut.
2. Harga yang dijual bukan RM1 per kaki persegi sebaliknya RM1 kaki persegi termasuk 10% tanah tambakan laut yang dibuat, diserahkan kepada Kerajaan Negeri, yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
3. Perjanjian 1992 adalah ditandatangani dengan Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang (KGN). 40% pegangan KGN dimiliki oleh 100% milik Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC). Oleh itu, tuduhan tanah dijual kepada syarikat swasta atau 'kroni' adalah satu pembohongan.
4. Semenjak 25 tahun yang lalu, saham-saham telah berubah tangan beberapa kali tetapi sehingga ke hari ini, projek penambakan tanah adalah 78.2% dimiliki oleh syarikat senaraian awam Eastern & Oriental Berhad. Syarikat ini dimiliki oleh Sime Darby Berhad sebagai pemegang saham utama dan 21.2% lagi dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC.
Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng seharusnya menghentikan pembohongan ini. Rakyat Pulau Pinang semakin bijak. Maklumat adalah di hujung jari sahaja. Jadi tidak hairanlah Setiausaha Agong Gerakan, Datuk Liang Teck Meng semalam membuat kenyataan media akan menyaman Rejim DAP mengenai pembohongan di atas.
Demikianlah Artikel Pembohongan @cmlimguaneng Mengenai Kerajaan BN Pulau Pinang Menjual Tanah RM1 Per Kaki Persegi, Ini Penjelasannya
Sekianlah artikel Pembohongan @cmlimguaneng Mengenai Kerajaan BN Pulau Pinang Menjual Tanah RM1 Per Kaki Persegi, Ini Penjelasannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembohongan @cmlimguaneng Mengenai Kerajaan BN Pulau Pinang Menjual Tanah RM1 Per Kaki Persegi, Ini Penjelasannya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/pembohongan-cmlimguaneng-mengenai.html