Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam

Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam
link : Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam

Baca juga


Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam


KUALA LUMPUR - Penduduk dari negeri Kelantan merupakan bilangan calon yang paling ramai dilantik ke jawatan sokongan dan pengurusan perkhidmatan awam semenjak 2013 sehingga Jun 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, seramai 17,806 calon dari negeri itu, daripada jumlah calon keseluruhan seramai 133,382 telah dilantik, sekaligus mendahului senarai calon dari negeri lain.

"Senarai itu diikuti negeri Sabah seramai 13,850 calon, Sarawak 13,845, Perak 12,517, Johor 11,848, Terengganu 10,676, Kedah 10,580, Kuala Lumpur 9,198 calon," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Joseph berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah lantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari tahun 2013 sehingga Jun 2017.

Katanya lagi, dalam pada itu dari segi mengikut jantina pula wanita mengatasi lelaki.

"Seramai 80,625 calon perempuan telah dilantik berbanding seramai 52,657 calon lelaki," katanya.

Katanya, pelantikan lebih ramai calon perempuan disebabkan permohonan oleh calon perempuan terutamanya graduan lebih ramai berbanding calon lelaki.

"Jumlah permohonan calon perempuan ialah 4,646,233 atau 58.28 peratus berbanding permohonan calon lelaki hanya sebanyak 3,326,494 atau 41.72 peratus," katanya lagi. - SH


Demikianlah Artikel Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam

Sekianlah artikel Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/orang-kelantan-paling-ramai-dilantik.html

Subscribe to receive free email updates: