[MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar

[MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar
link : [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar

Baca juga


[MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar


Kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi pelantikan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 akan membuka ruang tuntutan yang lebih besar terutama bagi Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan berkata, kelonggaran yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia semalam, secara tidak langsung membuka ruang Dong Zong menuntut kerajaan mengambil lepasan Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) untuk ke sektor awam.
Malah beliau berpendapat, kelonggaran berkenaan juga adalah kejayaan kecil bagi tuntutan Dong Zong.
“Pembina melihat kelonggaran ini sebagai sesuatu yang tidak wajar dan bertentangan dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) yang bertujuan melahirkan perpaduan kaum yang harmoni.
“Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal bagi mengukuhkan perpaduan negara melalui satu sukatan pelajaran bahasa iaitu bahasa Melayu dan perkongsian pendidikan sejarah yang sama melalui subjek sejarah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju memberi kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat SPM untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41.
Dr Noor Hisham berkata, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggaran syarat Lulus BM ketika lantikan kontrak perlu memenuhi syarat Lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan.
Malah, kementerian mengambil maklum bahawa calon persendirian yang mendaftar untuk Peperiksaan SPM kali pertama boleh memohon kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mengambil Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tunggal iaitu bagi memenuhi syarat perkhidmatan lantikan ke perkhidmatan awam, tanpa perlu menduduki subjek SPM lain.
Mengulas lanjut perkara itu, Eqwan Roslan berkata, SPM tidak harus dilihat daripada sudut pandang kompetensi perkhidmatan dan keupayaan bercakap Bahasa Melayu sahaja kerana ia adalah sebahagian daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan perpaduan kaum.
“Kerajaan tidak harus berlonggar dalam perkara yang melibatkan identiti dan perpaduan negara.
“Kelonggaran yang diberi pada kali ini akan membolehkan tuntutan kelonggaran bagi sektor awam lain di masa akan datang,” katanya.
Sehubungan itu katanya, Pembina menggesa kerajaan terutamanya JPA menilai semula keputusan kelonggaran ini serta mempertegas hasrat perkukuh perpaduan melalui pendidikan.
“Pertimbangan haruslah tidak menggadaikan perkara-perkara dasar bagi kesejateraan di masa akan datang.
“Bagi lepasan-lepasan perubatan, Pembina menasihatkan agar sama-sama mendokong dasar pendidikan kebangsaan serta merancang jadual masing-masing untuk mengambil subjek teras SPM. Pemberian cuti bagi menduduki SPM juga dapat membantu dalam hal ini,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar

Sekianlah artikel [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MELAYU KALAH LAGI] Longgar syarat lulus BM beri ruang Dong Zong tuntut lebih besar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/melayu-kalah-lagi-longgar-syarat-lulus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :