Judul : Mahathir: Allah tahu Apandi bohong
link : Mahathir: Allah tahu Apandi bohong
Mahathir: Allah tahu Apandi bohong
Malaysiakini 19/7/17
ULASAN l Ya, AG (Peguam Negara) tidak perlu takut kepada saya. Dia perlu takut kepada Allah SWT. Tetapi yang jelas dia tidak takut kepada Allah.
Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan Ketua Audit Negara disembunyi daripada orang ramai.
Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Peguam Negara.
Perbuatan pecah amanah berdosa.
Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah SWT. Pengakuan bahawa dia hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.
Junjung al-Quran
Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.
Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.
Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah dia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.
Demikianlah Artikel Mahathir: Allah tahu Apandi bohong
Sekianlah artikel Mahathir: Allah tahu Apandi bohong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir: Allah tahu Apandi bohong dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/mahathir-allah-tahu-apandi-bohong.html