Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty.

Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty.
link : Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty.

Baca juga


Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty.

Ibu bapa sanggup melakukan apa-apa sahaja demi anak mereka walaupun ianya kelihatan agak pelik di mata orang luar.

Hanya kerana anaknya merupakan peminat kepada watak kartun Hello Kitty, seorang wanita sanggup menggayakan baju raya yang bertemakan Hello Kitty sebagai baju raya mereka sekeluarga.

Bukan hanya dia serta anaknya malah suaminya juga turut dikatakan membuat baju melayu yang bertemakan kartun terbabit, ianya kelihatan amat pelik serta ada yang menganggapnya melucukan.

Namun semua itu tidak menghalang wanita tersebut untuk menggayakannya sempena raya ini hanya kerana untuk menggembirakan anak perempuannya.

Namun begitu wanita berkenaan telah dikejutkan dengan tawaran oleh seorang lelaki bergelar Datuk yang  menghubungi beberapa kali untuk memujuknya agar menjual baju tersebut kepadanya.

Tawaran daripada lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk Z itu sebenarnya hanyalah semata-mata mahu membeli baju kurung Hello Kitty yang dipakai Yus Amina Mohd Zawizah, 27, dan anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun.

“Saya nak baju ini, berapa awak nak jual? Saya sanggup beli berapa ribu pun. Cucu dan anak kesayangan saya nak sangat baju yang awak pakai,” kata Datuk Z menerusi aplikasi WhatsApp sambil menyertakan gambar dua beranak itu memakai baju kurung moden Hello Kitty.

Paparan skrin menunjukkan mesej daripada Datuk Z yang mahu membeli baju Hello Kitty.

Ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Afina berkata, mesej tersebut diterima selepas dia memuat naik gambar bersama anaknya menyarungkan busana itu sempena hari raya baru-baru ini, di Facebook pada Selasa lalu sehingga tular.

Kata Afina, dia menempah baju raya bermotifkan Hello Kitty untuk dipakai sedondon termasuk bersama suami disebabkan anaknya Jeliyta amat meminati watak kartun itu.

“Maaflah Datuk Z, saya tidak akan menjual baju-baju ini kerana ia merupakan kenangan raya terindah kami sekeluarga dan sesuatu yang amat disayangi Jeliyta.

“Saya berharap Datuk Z tidak lagi menghubungi saya untuk bertanyakan tentang baju Hello Kitty ini. Saya tak jual baju, tak jual kainnya,” katanya kepada mStar Online.

Mengenai Hello Kitty, Afina berkata, ia sememangnya menjadi kegilaan Jeliyta yang turut suka bermain dengan kucing.

“Bayangkan masa hari raya baru-baru ini, dia menangis tak nak tanggalkan baju Hello Kitty walaupun dah nak masuk waktu tidur.

“Jadi, saya terpaksa memujuknya dengan menukarkan baju tidur yang masih bermotifkan Hello Kitty. Apa saja tentang Hello Kitty, semua dia suka,” katanya.

Tidak menyangka gambar baju raya yang dimuat naik di Facebook menjadi tular, Afina berkata, Datuk Z bukanlah satu-satunya yang mahu membeli baju-baju itu.

“Bertalu-talu mesej yang diterima daripada orang ramai. Ada yang mahu membeli, tanya di mana beli kain malah ada yang sanggup menyewanya,” katanya.

Bagaimanapun dia sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan menjual baju-baju Hello Kitty berkenaan walaupun bayaran tinggi yang ditawarkan.

“Anak saya sampai tidak boleh tidur tanpa Hello Kitty. Saya lebih sayangkan anak saya. Harap semua memahami dan terima keputusan saya,” katanya. - mStar Online



Demikianlah Artikel Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty.

Sekianlah artikel Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maaflah Datuk Z, Saya Tak Nak Jual Baju Kurung Hello Kitty. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/maaflah-datuk-z-saya-tak-nak-jual-baju_2.html

Subscribe to receive free email updates: