Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung.

Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung.
link : Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung.

Baca juga


Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung.

Selepas dikecam netizen kerana Memakai jubah ala lentik ikan duyung  di pagi raya pertama, lelaki berkenaan akhirnya tampil memperjelaskan isu berkenaan.

Lelaki berusia 30 tahun yang mahu dikenali sebagai Alif itu berkata, selapas dikecam dia mengalah dan menukar rekaan enam lagi busana labuh yang ditempahnya kepada potongan biasa.

Menurut laporan mStar Online, dia mengubah rekaan jubahnya selepas mengambil kira teguran positif dan nasihat dalam kalangan keluarga dan orang ramai.

Kata Alif, jubah potongan ala duyung itu sebenarnya atas kehendaknya sendiri dan ia bukan kali pertama dia berpakaian sedemikian.

"Setakat ini, saya ada lima jubah potongan sama termasuk jubah kuning dan merah jambu yang dipakai pada hari raya pertama dan kedua baru-baru ini.

"Tapi tak sangka jubah yang dipakai semasa raya itu menjadi tular di media sosial sehingga saya dikecam.

"Ada enam lagi jubah yang dihantar untuk dijahit tetapi belum siap, jadi saya akan minta pereka untuk menukarnya kepada potongan biasa selepas menerima teguran positif dan mengelak saya terus dikecam," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan pemuda ini dikecam selepas jubah yang dipakainya menampakkan susuk tubuh ditambah pula potongan di bahagian bawah ala ikan duyung seperti 'dress'.

Ia berikutan beberapa gambarnya kini tular di media sosial apabila menggayakan busana ‘jubah’ itu di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya ‘melentik’.

Bagaimanapun, anak kelahiran Temerloh, Pahang ini kesal dengan kecaman netizen yang keterlaluan sehingga mengaitkan keluarganya.

"Isu jubah ini adalah masalah saya sendiri, tapi ada yang keterlaluan mengatakan saya kurang didikan agama daripada keluarga. Malah, lebih buruk ada yang menyamakan saya dengan haiwan. Bagaimana perasaan keluarga saya?
"Kalau nak tegur, buatlah secara baik. Jangan sampai mengaitkan keluarga saya dengan kata-kata yang buruk," kata anak bongsu daripada 10 adik-beradik ini.

Mengenai kecaman yang dilemparkan terhadapnya, Alif memberitahu ramai yang melabelkannya dengan pelbagai gelaran termasuk lelaki lembut dan transgender.

"Saya akur berperwatakan lembut tetapi saya tidak berpakaian wanita. Saya masih bekerja dan berpakaian seperti lelaki," katanya.

Sehubungan itu kata Alif, dia berharap penjelasan ini akan membuatkan netizen tidak lagi melemparkan fitnah dan kecaman.

"Saya bukanlah manusia yang sempurna, saya masih lagi memperbaiki diri. Anda semua di luar sana, doakan saya yang baik baik saja," katanya. - mStar Online


Demikianlah Artikel Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung.

Sekianlah artikel Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ini Tampil Memperjelaskan Selepas Dikecam Isu Jubah Lentik Ikan Duyung. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/lelaki-ini-tampil-memperjelaskan_1.html

Subscribe to receive free email updates: