Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina

Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina
link : Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina

Baca juga


Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina


KUALA LUMPUR - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta kerajaan untuk memperketatkan syarat lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dengan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain subjek Bahasa Melayu.

Presidennya, Eqwan Roslan berkata kerajaan perlu tegas dengan pelaksanaan Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 tahun 2011 yang menyatakan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula tahun 2013.

“Selain daripada memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rakyat Malaysia juga harus memahami sejarah Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan menerusi subjek Sejarah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Pembina berpandangan memiliki keputusan SPM bukan sahaja penting dari sudut kompetensi untuk berkhidmat dan keupayaan bertutur tetapi sebagai pembentukan identiti dan asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan terus berwaspada dengan usaha dan desakan pihak tertentu yang cuba memberi tekanan ke atas kerajaan untuk mengubah identiti Malaysia demi kepentingan mereka.

Eqwan juga menghargai keputusan Kabinet untuk menolak usaha melonggarkan syarat Bahasa Melayu peringkat SPM untuk menjadi pegawai perubatan kontrak di Kementerian Kesihatan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu membabitkan lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 berkata Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Persekutuan selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan yang perlu dipertahankan. - Bernama



Demikianlah Artikel Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina

Sekianlah artikel Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lantikan Perkhidmatan Awam: SEJARAH juga WAJIB LULUS - Pembina dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/lantikan-perkhidmatan-awam-sejarah-juga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :