Judul : Lagu DS Vida 'I Am Me' Kini Melanda Sekolah
link : Lagu DS Vida 'I Am Me' Kini Melanda Sekolah
Lagu DS Vida 'I Am Me' Kini Melanda Sekolah
| Paparan skrin video senamrobik berlatarkan lagu nyanyian Vida, 'I Am Me'. Sumber Facebook 'Krul Nizam' yang dikongsi di Facebook 'Kami Guru Malaysia'. |
Walaupun lagu bertajuk ‘I Am Me’ disindir segelintir pihak sebagai ‘Ayam Mi’, tetapi semakin banyak parodi dibuat selepas klip video single pertama Vida dilancarkan minggu lalu.
Terbaharu, lagu yang kedengaran 'catchy' ini dimainkan semasa sesi senamrobik di sebuah sekolah rendah.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook ‘Krul Nizam’, lagu ‘I Am Me’ itu dimainkan di kawasan lapang yang menghimpunkan sekumpulan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tagaroh di Kota Marudu, Sabah.
Malah, video yang berdurasi kira-kira seminit itu turut dikongsikan Krul Nizam di halaman Facebook ‘Kami Guru Malaysia’ pada petang Khamis.
Menariknya, jurulatih senamrobik yang mengendalikan sesi berkenaan berbaju warna merah jambu, warna yang begitu sinonim dengan Vida.
Setiap gerak tangan dan langkah jurulatih berkenaan diikut sekumpulan murid dengan diringi lagu Vida yang ceria dan bertenaga.
“Senamrobik awal pagi dengan iringan lagu Datuk Seri Vida,” kata Krul Nizam di laman sosial.
Demikianlah Artikel Lagu DS Vida 'I Am Me' Kini Melanda Sekolah
Sekianlah artikel Lagu DS Vida 'I Am Me' Kini Melanda Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lagu DS Vida 'I Am Me' Kini Melanda Sekolah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/lagu-ds-vida-i-am-me-kini-melanda.html