Judul : [KUANTAN] GALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN
link : [KUANTAN] GALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN
[KUANTAN] GALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN
Sebanyak 10,620 penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran sejak dilaksanakan Januari tahun ini.
Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, antara bidang yang menjadi tumpuan adalah kosmetik, makanan dan fesyen.
Menurutnya, usaha untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai pendaftaran percuma itu sedang giat dijalankan.
“Kita akan memanfaatkan geran RM10 juta untuk tujuan tersebut dan usaha menarik lebih ramai mahasiswa untuk daftar syarikat sedang giat dilaksanakan.
“Daripada jumlah yang direkodkan, sebanyak 5,945 adalah mahasiswa wanita manakala 5,029 adalah syarikat mahasiswa lelaki,” katanya kepada media pada program Pelancaran Karnival Online Networking Entrepreneurs (One) SSM peringkat negeri Pahang, semalam.
Hadir merasmikan Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong.
Zahrah berkata, pihaknya kini sedang giat turun padang ke IPTA dan IPTS bagi memberi maklumat mengenai pendaftaran syarikat percuma untuk mahasiswa.
Jelas beliau, masih ramai yang tidak sedar mengenai tawaran tersebut yang diberikan secara percuma.
Dalam pada itu, Zahrah berkata, karnival yang dianjurkan itu adalah untuk membantu usahawan yang berniaga secara atas talian mengembangkan perniagaan mereka.
Pada program itu juga, pihaknya turut memperkenalkan produk baharu iaitu SSM BizTrust yang memberi platform kepada pengusaha perniagaan online mendapatkan persijilan BizTrust melalui logo (seal) yang dipaparkan di dalam laman web perniagaan mereka.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] GALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN
Sekianlah artikel [KUANTAN] GALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] GALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/kuantan-galak-ceburi-bidang-perniagaan.html