Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai

Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai
link : Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai

Baca juga


Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai

Struktur pimpinan Pakatan Harapan celaru



Muhammad Khalil (tengah) bersama Khairil (kiri) dan Ahmad Fadhli ketika majlis Hi-Tea dan dialog.

AMPANG - Pemuda Pas menyifatkan struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu sebagai masih bercelaru.

Ketua Dewan Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau tidak pasti apa yang cuba dilakukan Pakatan Harapan.

"Saya melihat Pakatan Harapan masih bercelaru. Sebelum ini mereka mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad pula," katanya dalam Majlis Hi-Tea dan Dialog, dekat sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Naib Ketua Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam.

Tambah Khalil, apa yang penting tumpuan Pas adalah untuk membina kekuatan kami tersendiri dan bukannya sibuk melantik siapa akan menjadi perdana menteri.

"Pas mementingkan ciri-ciri dan kriteria yang perlu dipatuhi sekiranya individu itu hendak dilantik bagi menerajui negara. Kami meletakkan kepimpinan itu adalah Islam, Melayu dan adil.

"Inilah ciri-ciri kriteria utama bagi kami. Siapa pun dia, itu tidak penting...yang penting ciri-ciri ini ada," katanya.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam berkata, Pas dalam gagasan sejahtera akan memfokuskan kepada negeri dan pusat selain akan bertanding lebih daripada 40 kerusi parlimen.

"Jangan terkejut jika kami bertanding lebih dari 111 kerusi parlimen. InsyaALLAH kami yakin dan percaya kekuatan kami seperti yang dibentangkan sebelum ini dan kami bersiap untuk bertanding lebih dari majoriti kerusi parlimen yang ada dalam negara," katanya.

- sharian







Demikianlah Artikel Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai

Sekianlah artikel Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/ketua-pemuda-pas-yang-cuba-tunjuk-pandai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :