Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat

Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat
link : Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat

Baca juga


Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat

Sinar Harian
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
SHAH ALAM - Kelantangan dan keberanian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menyatakan apa yang berlaku kepada negara pada hari ini membawa harapan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyifatkan, harapan itu tidak terkecuali kepada dirinya yang merupakan anak jati Johor.
Menurut Syed Saddiq, beliau turut berasa sedih dengan perbuatan golongan elit yang terus-terusan merosakkan negara disebabkan kuasa.

“Walaupun saya sudah kehilangan harapan dalam golongan kabinet kerajaan tapi saya masih menaruh harapan terhadap Tunku.
“Saya tetap optimistik kerana adanya pemimpin yang lantang bersuara menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak di luar sana, besar harapan saya untuk Malaysia dan Johor apabila mempunyai seorang pemimpin seperti Tunku yang tidak akan tunduk kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, TMJ  menulis surat terbuka di mana beliau mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada Malaysia kini.
Rasuah kata TMJ umpama sudah menjadi satu budaya di Malaysia di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.

Orang yang kurang berpendidikan pula sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas menjadikan orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
Malaysia turut menjadi sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau memberikan sepenuh kepercayaannya kepada TMJ dalam perjuangan ini dan sentiasa menyokongnya tanpa berbelah bahagi.
“Saya melakukan ini bukan kerana saya terpaksa tapi ini di atas kemahuan saya sendiri, ini bukan kerana taat setia saya yang membuta-tuli tapi disebabkan saya percayakan Tunku dalam perjuangan ini.

“Tunku sentiasa konsisten dalam mengkritik kedua-dua kerajaan dan pembangkang dan oleh sebab itu saya mengagumi Tunku.
“Mungkin ada pihak yang akan mempersoalkan kelantangan dan akan tikam belakang namun pihak yang skeptikal terhadap motif Tunku tapi saya dengan sendirinya akan menentang mereka ini,” katanya lagi.


Demikianlah Artikel Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat

Sekianlah artikel Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/kelantangan-tmj-bersuara-harapan-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :