Judul : [JERANTUT] NURUL SARA ILLIANA SEMAKIN CERIA
link : [JERANTUT] NURUL SARA ILLIANA SEMAKIN CERIA
[JERANTUT] NURUL SARA ILLIANA SEMAKIN CERIA
Kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan yang menghidap jantung berlubang dan injap sempit di Kampung Paya Teh, di sini, telah selamat menjalani pembedahan di India.
Nurul Sara Illiana Mahuddin selamat pulang ke tanah air sehari sebelum seluruh umat Islam menyambut Aidilfitri, Sabtu minggu lalu.
Ibunya, Rosnani Kidam, 41, berkata, dirinya bersyukur kerana pembedahan itu berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan anak saya ini dilihat semakin beransur pulih,” katanya.
Menurutnya, dia dan suami, Mahuddin Mansor, 50, kini sudah boleh menarik nafas lega tanpa perlu lagi bimbang tentang masalah dihadapi Nurul Sara Illiana.
“Saya lihat perkembangan positif dari anak saya ini di mana dia tidak lagi menghadapi masalah mudah penat selain tangannya sudah tidak lagi kebiru-biruan. Saya juga tidak lagi perlu bimbangkan keadaan dia kerana sebelum ini, kami sentiasa perlu mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Bagaimanapun katanya, Nurul Sara Illiana perlu berjumpa dengan pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh bagi menjalani pemeriksaan rawatan susulan.
“Ada beberapa pemeriksaan perlu di lakukan terutamanya berkaitan dengan luka kesan jahitan menerusi pembedahan yang dilakukan. Doktor bimbang sekiranya ada jangkitan kuman pada luka itu. Alhamdulillah, ketika berjumpa pakar Rabu lalu, semuanya baik sahaja,” katanya.
Tambahnya, sejak kisah anaknya itu disiarkan Sinar Harian pada 1 Jun lalu, mereka menerima pelbagai bentuk bantuan terutamanya daripada orang ramai justeru bantuan yang diterima digunakan sebaik mungkin untuk rawatan susulan Nurul Sara Illiana.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan keadaan keluarga Mahuddin yang terpaksa mengehadkan perbelanjaan di bulan Ramadan lalu untuk menampung kos perbelanjaan bagi membawa anaknya, Nurul Sara Illiana, ke India untuk menjalani pembedahan.
Berlepas ke India pada 7 Jun lalu, pembedahan Nurul Sara Illiana melibatkan kos RM25,650 di mana RM24,150 ditanggung oleh pihak Kementerian Kesihatan di bawah Tabung Bantuan Perubatan, manakala baki sebanyak RM1,500 ditanggung oleh Mahuddin sendiri.
Bercerita tentang anak bongsu dari lima beradik itu, Mahuddin berkata,Nurul Sara Illiana dikesan menghidap sakit jantung berlubang ketika berusia empat bulan.
“Pada mulanya doktor kata dia ada sakit jantung berlubang. Selepas tiga atau empat bulan kemudian, ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Serdang, doktor beritahu dia juga ada masalah injap jantung sempit. Pada asalnya saya disarankan untik membawa anak saya mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) namun ia menelan kos sehingga lebih RM80,000, jadi saya tidak mampu.
“Ketika di Hospital Kuantan, saya membuat rayuan kepada salah seorang doktor pakar di situ dan dia mencadangkan saya membawa anak saya menjalani pembedahan di India jika mahu anak saya segera sembuh,” katanya.
Selepas menjalani pembedahan di India, Nurul Sara Illiana kini dilihat bukan sahaja semakin ceria, malah turut dapat bergerak aktif seperti kanak-kanak lain.
Demikianlah Artikel [JERANTUT] NURUL SARA ILLIANA SEMAKIN CERIA
Sekianlah artikel [JERANTUT] NURUL SARA ILLIANA SEMAKIN CERIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] NURUL SARA ILLIANA SEMAKIN CERIA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/jerantut-nurul-sara-illiana-semakin.html