Guru juga mangsa buli pelajar

Guru juga mangsa buli pelajar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru juga mangsa buli pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru juga mangsa buli pelajar
link : Guru juga mangsa buli pelajar

Baca juga


Guru juga mangsa buli pelajar

Foto via FB Mahdzir Khalid
ALOR SETAR 3 Julai - Kementerian Pendidikan menyeru agar mana-mana guru yang dibuli pelajar bermasalah tampil membuat aduan polis.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat guru yang menjadi mangsa buli dalam kalangan pelajar bermasalah di sekolah namun tidak serius.

Katanya, kes guru turut menjadi mangsa buli jarang didengar kerana kebanyakan mereka takut untuk melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang akan keselamatan diri apabila berada di luar sekolah.

“Memang ada kes guru turut menjadi mangsa buli pelajar tapi di sekolah-sekolah tertentu sahaja... mereka mungkin takut nak mencederakan guru tapi harta benda guru seperti kereta yang akan menjadi mangsa.

“Guru yang menjadi mangsa yang tidak mahu buat laporan (polis) kerana tidak mahu memanjangkan cerita selain turut bimbang dengan keselamatan diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gengsterisme,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Kolej Vokasional Alor Setar di sini hari ini.

Tambahnya, Kementerian Pendidikan tidak menghalang sebaliknya menggalakkan mana-mana guru yang turut menjadi mangsa buli untuk membuat laporan polis demi membendung penularan budaya gengsterisme di sekolah.

Sumber - UTUSAN ONLINE





Demikianlah Artikel Guru juga mangsa buli pelajar

Sekianlah artikel Guru juga mangsa buli pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru juga mangsa buli pelajar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/guru-juga-mangsa-buli-pelajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :