Judul : GABUNGAN SEBELUM PENDAFTARAN LULUS, SELEPAS LULUS ? MEREKA PASTI KARAM !
link : GABUNGAN SEBELUM PENDAFTARAN LULUS, SELEPAS LULUS ? MEREKA PASTI KARAM !
GABUNGAN SEBELUM PENDAFTARAN LULUS, SELEPAS LULUS ? MEREKA PASTI KARAM !
Ambil langkah selesai konflik
Tun M, Anwar
SHAH ALAM - Pengumuman struktur pimpinan dan logo rasmi oleh Pakatan Harapan, adalah usaha gabungan pembangkang selesaikan konflik menentukan pemimpin nombor satu mereka.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, sebelum ini banyak rungutan dalam kepimpinan Pakatan Harapan apabila Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menonjolkan diri sebagai pemimpin utama pembangkang.
“Ini timbulkan kereta-kan dalam Pakatan Harapan dan saya rasa ia yang menyebabkan kepimpinan gabungan berfikir perlunya penyelesaian menentukan siapa patut diletakkan sebagai pemimpin tertinggi.
“Disebabkan itu, Pakatan Harapan umumkan struktur organisasi dan logo rasmi mereka,” katanya, semalam.
Kelmarin, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan memuktamadkan struktur pimpinan dan logo rasmi mereka setelah melalui perbincangan sebelum ini.
Menerusi pengumuman itu, Mahathir secara rasmi dilantik Pengerusi Pakatan Harapan, manakala bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai Presiden.
Ahmad Marthada berkata, apa yang dilakukan Pakatan Harapan adalah untuk meletakkan satu landasan lebih jelas buat gabungan pembangkang, khususnya melibatkan hala tuju dan barisan kepimpinan mereka bagi menghadapi PRU14.
Selain itu katanya, sekiranya Pakatan Harapan dapat selesaikan isu kepimpinan dihadapi dengan segera, ia beri ruang buat gabungan itu menumpukan agenda yang lebih utama, antaranya penetapan kerusi PRU14.
“Mereka cuba cari satu titik pertemuan, di mana boleh adakan kerjasama dengan lebih berkesan,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, gandingan Mahathir dan Anwar tidak semestinya meyakinkan rakyat.
Tegasnya, keyakinan dalaman gabungan Pakatan Harapan seharusnya dibina terlebih dahulu bagi memastikan golongan yang terlibat dalam reformasi boleh menerima tindakan Mahathir memecat Anwar sebelum ini.
Demikianlah Artikel GABUNGAN SEBELUM PENDAFTARAN LULUS, SELEPAS LULUS ? MEREKA PASTI KARAM !
Sekianlah artikel GABUNGAN SEBELUM PENDAFTARAN LULUS, SELEPAS LULUS ? MEREKA PASTI KARAM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GABUNGAN SEBELUM PENDAFTARAN LULUS, SELEPAS LULUS ? MEREKA PASTI KARAM ! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/gabungan-sebelum-pendaftaran-lulus.html