Judul : DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI
link : DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI
DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI
Seorang datuk bandar bersama 11 orang yang lain telah ditembak mati dalam kempen anti dadah di bawah pentadbiran presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
Reynaldo Parojinog, adalah datuk bandar ketiga dibunuh dalam usaha kerajaan membasmi pengedaran dadah.
Reynaldo, yang merupakan datuk bandar di bandar Ozamiz, maut dalam pertempuran dengan polis ketika pihak berkuasa menyampaikan waran geledah di rumah ladangnya.
Selain Reynaldo, abang dan isterinya turut ditembak mati ketika mereka melawan.
Manakala anak perempuan yang juga timbalan datuk bandar, Nova Echaves telah ditangkap.
Sebelum ini, Reynaldo berdepan dengan tuduhan rasuah namun menafikan pembabitan dalam pengedaran dadah,.
Duterte, yang juga bekas datuk bandar Davao, memenangi pilihan raya presiden pada Mei tahun lepas, setelah berjanji untuk membendung masalah dadah serta membunuh pengedar bahan terlarang itu.
Beliau juga berikrar untuk tidak berhenti selagi pengedar dadah terakhir di negara itu dibunuh.
Demikianlah Artikel DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI
Sekianlah artikel DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/datuk-bandar-dan-isteri-ditembak-mati.html