Judul : AZMIN MALU GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT
link : AZMIN MALU GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT
AZMIN MALU GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT
Shah Alam - "Kerana malu disebabkan gagal selesaikan masalah rakyat, saya dituduh punca kemelut PPR Lembah Subang 1," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan persekutuan bukan sebaliknya.
"Kalau dia kata saya punca masalah, itu bermakna ia adalah masalah dan suara rakyat (yang dibangkitkan). Menteri besar tak tahu sebab tak turun padang.
"Sebelum jadi Menteri KPKT lagi saya dah beberapa kali turun ke sana. Menteri besar patut rasa malu dan sepatutnya berterima kasih dengan kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambahnya, sudah tiga kali KPKT cuba berbincang bagi mencari penyelesaian bagi kemelut tersebut tetapi kerajaan negeri tidak berikan kerjasama yang sepatutnya.
"Kerajaan negeri memang tak boleh dibawa berbincang, tetap nak tuntut RM60 juta sedangkan kita dah keluarkan belanja lebih daripada tu. Mana yang dicanangkan kerajaan negeri kerajaan berkebajikan?
"Kami dah cuba berbincang tiga kali dengan kerajaan negeri dan ada antaranya dipengerusikan menteri besar sendiri. Tapi mereka tetap dengan keputusan tu. Ini bermakna kerajaan negeri jenis tak beretika dan tak mahu beri kerjasama," katanya.
Dalam masa sama Noh turut menegaskan bahawa PPR Lembah Subang 1 adalah hak milik KPKT.
"Menteri besar ni mungkin tak faham jadi sekali lagi saya nak ulang. Rumah, rumah kita...tanah, tanah kita. Kita bagi kerajaan negeri urus, sewa mereka ambil tapi rosak kita kena baiki.
"Sampai bila kita nak baiki kalau mereka terus tak pandai uruskan," katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin mendakwa Noh menjadi punca kepada kemelut tak berkesudahan di PPR Lembah Subang 1.
Beliau berkata, Noh tidak menghormati kerajaan negeri dalam isu pengurusan PPR itu hingga memaksa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan notis pengosongan pejabat KPKT di perumahan tersebut.
Sementara itu Noh turut memberitahu beliau akan membuat satu 'pengumuman penting' berkaitan isi pengurusan sampah di Selangor.
"Tunggu, saya akan beritahu dalam masa terdekat ni," katanya.
Demikianlah Artikel AZMIN MALU GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT
Sekianlah artikel AZMIN MALU GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AZMIN MALU GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/azmin-malu-gagal-selesai-masalah-rakyat.html