ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL

ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL
link : ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL

Baca juga


ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL


Mutadho Bahri


Shah Alam - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menepis dakwaan sesetengah pihak mengatakan institusi itu hanya memberi tumpuan kepada koperasi berskala besar tanpa mempedulikan anggota yang lebih kecil.

Timbalan presidennya, Mutadho Bahri berkata, pelbagai program dan bantuan telah dilakukan Angkasa terutama di peringkat komuniti bagi mencapai sasaran ditetapkan.

“Pada 2020, kita menyasarkan supaya dapat menyumbang sehingga RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Walaupun kita belum lagi mencapai kejayaan 100 peratus, namun usaha ke arah itu masih diteruskan dengan mengadakan pelbagai program yang bertujuan membangunkan koperasi-koperasi tidak kiralah yang berskala besar atau kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dalam usaha membangunkan golongan koperasi mikro, Angkasa telah menjalankan kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di mana pembahagian tugas turut dilakukan.

“Dalam usaha ini, kita telah menubuhkan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) di mana dana bantuan dapat disediakan kepada pihak yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya dengan Kopsya ini, koperasi-koperasi ini tidak hanya bergantung kepada dana kerajaan semata-mata dan inilah antara peranan yang kita jalankan,” katanya.

Mengulas mengenai Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa ke-32, beliau menjangkakan penganjuran tahun ini bakal memperlihatkan persaingan sengit terhadap empat jawatan utama institusi itu.

“Tahun lalu persidangan ini tidak diadakan, jadi saya jangkakan pertandingan terhadap jawatan presiden, timbalan presiden dan dua jawatan naib presiden akan berhadapan saingan yang lebih sengit.

“Apatah lagi ia membabitkan dua kumpulan yang masing-masing memiliki nama-nama calon yang akan diketengahkan,” ujarnya yang mengakui akan mempertahankan jawatannya.

Mengulas lanjut, beliau yakin kejayaan kepimpinan tertinggi sedia ada dalam mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) adalah penanda aras terbaik buat perwakilan membuat penilaian.

“Jika mahu ukur prestasi perlulah merujuk kepada KPI dan di bawah kepimpinan presiden terkini, kita berjaya mencapai tahap yang ditetapkan.

“Perancangan yang dilakukan sejak dua tahun lalu telah berjaya kita laksanakan dan ini adalah satu pencapaian dilihat membantu 13,000 anggota koperasi di bawah kelolaan Angkasa,” katanya.

Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa ke-32 akan diadakan pada 21 dan 22 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Angkasa turut menjangkakan seramai 5,000 wakil koperasi di seluruh negara bakal hadir pada persidangan itu.




Demikianlah Artikel ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL

Sekianlah artikel ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANGKASA NAFI ABAIKAN KOPERASI KECIL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/angkasa-nafi-abaikan-koperasi-kecil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :