'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU'

'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU' - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU'
link : 'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU'

Baca juga


'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU'


'Anak kami tak sekejam itu'


Kuala Lumpur - "Tolonglah hentikan cerita yang buruk-buruk tentang anak kami. Saya yang kenal dia macamana, dia takkan buat anak-anak macam tu. Dia tak sekejam itu," demikian rintihan nenek kepada mangsa dera, Mohd Adam Osi, 5, yang meninggal dunia Khamis minggu lepas akibat pendarahan otak setelah dipercayai dipukul dengan objek keras oleh kekasih ibunya.

Siti (bukan nama sebenar), 50, meluahkan rasa terkilan kerana anaknya menerima cemuhan dan kejian masyarakat terutamanya netizen sejak tersiar berita tentang penangkapannya yang dipercayai ada kaitan dengan kematian Adam.

Menurut Siti, dia percaya anaknya yang berusia 28 tahun itu menghadapi tekanan perasaan yang kronik sepanjang hubungannya dengan kekasih berasal dari Nigeria sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang wajar dalam setiap keputusan.

"Anak saya memang sangat sayang ketiga-tiga anaknya. Paling teruk pun dia hanya meninggikan suara kalau mereka terlalu nakal.

"Saya nampak perubahan besar pada diri anak saya sejak Februari lepas. Dia duduk di rumah saya untuk berpantang selepas lahirkan anak ketiga. Tapi dia tak seceria selalu. Dan dia minta saya doakan agar hatinya terbuka untuk berubah. Dia kata, mama jangan putus asa berdoa. Dua tiga kali dia cakap benda yang sama," kata Siti yang turut mengakui perubahan juga dikesan berlaku pada diri Mohd Adam.

Katanya, pada masa itu Adam dilihat seperti tidak sihat dan ketakutan setiap kali dipanggil teman lelaki ibunya.

"Saya dan suami mula rasa tak sedap hati. Kami akhirnya buat laporan polis mengesyaki anak kami didera. Kami juga adukan kepada Talian Nur sebanyak dua kali," katanya yang pernah menjaga Mohd Adam selama tiga tahun sejak bayi sehinggalah diserahkan semula kepada ibunya.

Menurutnya, Mohd Adam seorang anak kecil periang dan sangat mendengar kata sepanjang di bawah jagaannya.

Mengimbas kembali detik menyayat hati sebelum Mohd Adam menghembuskan nafas terakhir, Siti berkata, anaknya hanya meninggalkan Adam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan tenat pada awal pagi Selasa, 20 Jun lalu.

"Kemudian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hubungi kami keesokan harinya memberitahu keadaan Adam. Memang terkilan sangat anak saya tak beritahu apa-apa kepada kami. Saya berkejar ke HKL dan tengok keadaan Adam yang tenat dalam keadaan koma.

"Sedihnya tak terkata tengok keadaan cucu yang saya sayang dalam keadaan macam tu. Doktor kata otaknya alami pendarahan kesan kepala dipukul dengan objek berat, dan disyaki ia berlaku secara berterusan sampai Adam tak mampu lagi menahan sakit. Dia meninggal dunia pada pagi Khamis setelah tiga hari koma," katanya sambil menahan pilu.

Bagaimanapun naluri keibuan kuat mengatakan anaknya tidak terlibat sebaliknya kemungkinan besar berada dalam ketakutan kerana dia sendiri sering didera secara mental dan fizikal oleh teman lelakinya itu.

"Saya tahu sejak berita tentang Adam tersebar, ramai kutuk anak saya macam-macam. Saya faham mereka pun marah sebab kebanyakannya ada anak kecil macam cucu saya. Cuma cukup-cukuplah cakap benda yang tak elok. Kita semua tak tau apa yang berlaku. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

"Sebagai ibu, hari-hati saya maafkan dia. Dia tak jahat, cuma dia terjebak. Dia dah ada anak dengan lelaki tu jadi dia tak rasa kuat untuk berpisah. Saya betul-betul tak mampu benci dia. Setiap saat saya mendoakan keselamatannya," katanya.

Dalam pada itu, suaminya, Ahmad, 53, redha dengan apa yang berlaku selain berharap keadilan akan berpihak kepada yang benar.

"Saya cuma berdoa agar orang yang melakukan kekejaman ke atas cucu saya akan menerima pembalasan setimpal. Bagi anak saya, saya tahu dia akan belajar sesuatu setelah ditangkap. Sebagai ibu dan bapa kami sedia menerimanya semula dalam apa keadaan sekali pun," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Cheras.

Ketika ini, adik kepada Allahyarham Mohd Adam dikenali sebagai Aidil berada di bawah jagaan Siti dan Ahmad, manakala adik bongsu mereka, Muhammad, 4 bulan, kini dirawat di salah sebuah hospital di Pulau Pinang.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, polis kini memburu seorang warga Nigeria, Abiziem Afeanyi Stephen, 31, berhubung kematian Mohd Adam di HKL Khamis lalu, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, ibu mangsa juga telah ditahan di sekitar Bayan Baru, Pulau Pinang pada 23 Jun lalu dan ujian air kencing terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Sumber



Demikianlah Artikel 'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU'

Sekianlah artikel 'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'ANAK KAMI TAK SEKEJAM ITU' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/anak-kami-tak-sekejam-itu.html

Subscribe to receive free email updates: