Judul : [ZAMAN FITNAH] Sedekah pun kena kecam
link : [ZAMAN FITNAH] Sedekah pun kena kecam
[ZAMAN FITNAH] Sedekah pun kena kecam
Johor Bahru: “Saya bersedekah setiap hari kerana mahu mengumpul pahala sepanjang Ramadan ini, namun tidak sangka ada pihak yang mengecam hingga memfitnah macam-macam di laman sosial Facebook,” kata peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Apek, 30, di Taman Pulai Utama, di sini.
Apek bersyukur kerana perniagaan pakaian diusahakannya mendapat sambutan menggalakkan menyebabkan dia mengambil peluang bersedekah sepanjang Ramadan ini.
“Idea memberikan minuman percuma tercetus apabila saya melihat seorang bapa kepada satu keluarga besar tidak dapat memenuhi permintaan anak-anaknya yang masing-masing mahukan minuman berasingan.
“Memang benar, harga minuman hanya RM1 setiap satu, tetapi sekiranya anak ramai ditambah membeli makanan, mungkin ia membebankan. Memang murah, tetapi sedihnya ada yang tidak mampu. Perkara ini wujud sama ada suka atau tidak, justeru saya dan isteri mahu berkongsi rezeki mengikut kemampuan kami.
“Dalam keadaan sekarang, saya yakin ramai yang terdesak terutama 10 hingga 15 hari terakhir sebelum gaji disebabkan kenaikan pelbagai harga barangan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dia puas apabila melihat orang ramai gembira dengan pemberian minuman percuma itu dan cukup dengan hanya berkata terima kasih kepada mereka.
Demikianlah Artikel [ZAMAN FITNAH] Sedekah pun kena kecam
Sekianlah artikel [ZAMAN FITNAH] Sedekah pun kena kecam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [ZAMAN FITNAH] Sedekah pun kena kecam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/zaman-fitnah-sedekah-pun-kena-kecam.html