WAHABI MENYERANG KELANTAN

WAHABI MENYERANG KELANTAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WAHABI MENYERANG KELANTAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WAHABI MENYERANG KELANTAN
link : WAHABI MENYERANG KELANTAN

Baca juga


WAHABI MENYERANG KELANTAN


TOKOH POLITIK KELANTANG BERFAHAMAN
 WAHABI ? 

HANCUR PAS KALI INI,
DULU SYI'AH SERANG,
LA NI WAHABI PULAK !

PATUT LA APABILA MSUK 
KELANTAN DAH ADA TERHIDU WAHABI !!!


-Pak Karamu-
 
 
 
Nafi kerjasama untuk bawa fahaman wahabi
Che Mohd Rahim Jusoh
Che Mohd Rahim Jusoh

KOTA BHARU - Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menafikan kerjasama antara kerajaan negeri khususnya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dengan Universiti Islam Madinah (UIM) akan membawa masuk fahaman wahabi ke negeri ini.

Pengarah JAHEAIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, sejak sekian lama, jabatan berpegang kepada ajaran ahli sunnah wal jamaah sebagaimana objektif jabatan iaitu memastikan kesucian agama Islam terpelihara dengan berpegang kepada aliran ahli sunnah wal jamaah.

“Adalah tidak benar jika dikatakan bahawa jabatan atau pegawai jabatan membawa atau dikuasai oleh fahaman yang bertentangan dengan objektif yang digariskan.

“Walau bagaimanapun, Jaheaik akan sentiasa terbuka menerima aduan berkaitan apa-apa perkara yang dirasakan perlu, namun jabatan berasa kesal dengan tuduhan yang tidak benar mengenai fahaman berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di pejabatnya, di sini.

Beliau berkata, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) bukan sebuah badan berautoriti untuk mengeluarkan sebarang fatwa atau mengeluarkan arahan untuk diikuti oleh mana-mana agensi.

“Amat kita takuti sekiranya tindakan daripada pihak Aswaja ini boleh memecah-belah perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas satu kenyataan didakwa dikeluarkan Presiden Aswaja Malaysia, Dr Zamihan Mat Zin al Ghari yang mendakwa sikap dan keterbukaan Kerajaan Kelantan selepas menandatangani MoU antara kedua-dua pusat pendidikan itu, baru-baru ini membimbangkan.

Dr Zamihan berkata, tindakan menandatangani perjanjian itu dikhuatiri akan menyuburkan lagi penyebaran fahaman wahabi di Kelantan.

Kenyataan itu juga mendakwa, penularan ‘virus’ wahabi di negeri ini kian meruncing disebabkan beberapa tokoh politik di Kelantan ‘menganut’ fahaman berkenaan, selain agensi agama di Kelantan dilihat dikuasai mereka yang berfahaman wahabi.

15 Mei lalu, akhbar ini melaporkan perjanjian akademik dijalankan oleh UIM dengan Kias termasuk membiayai 25 pelajar Kelantan setiap tahun bagi menyambung pelajaran di UIM.


Demikianlah Artikel WAHABI MENYERANG KELANTAN

Sekianlah artikel WAHABI MENYERANG KELANTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WAHABI MENYERANG KELANTAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/wahabi-menyerang-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :