Judul : [Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib".
link : [Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib".
[Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib".
Khamis, 29 Jun 2017Dr M ramal pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini sering dikecam kerana melakukan penahanan beramai-ramai semasa menjadi perdana menteri suatu ketika dulu, kini menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan melakukan langkah sama.
Memetik penahanan pemimpin BERSIH sebelum perhimpunan BERSIH5 diadakan tahun lalu, Dr Mahathir berkata perdana menteri mungkin akan bertindak begitu sekali lagi
"Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa pilihan raya umum ke-14.
"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.
"Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.
"Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," kata beliau dalam blognya hari ini.
Dalam keadaan begitu, kata Dr Mahathir, undi untuk pembangkang akan merosot.
Tak ada peraturan
Semasa ketiadaan pemimpin, kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, Najib boleh merasuah rakyat dan pekerja parti semahu hatinya.
"Mereka akan melakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.
"Pekerja pilihan raya dan juga pegawai mungkin akan menyalaharahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali," kata beliau lagi.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu juga mendakwa Malaysia kini sudah menjadi "negara polis".
"Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “police state”. Tidak ada peraturan undang-undang.
"Sama ada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya.
"Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan.
"Mereka akan menganggu gugat orang, memanggil untuk disoal siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ianya dilakukan dengan persetujuan ketua polis negara," katanya.
Ini negara kita
Dr Mahathir kemudian menggesa rakyat untuk menolak Najib pada PRU ke-14 ini walaupun tokoh pembangkang ditahan.
"Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di pilihan raya umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.
"Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.
"Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya," kata Dr Mahathir menamatkan catatannya.
Pada 1987 lebih 100 orang termasuk sekutu Dr Mahathir ketika ini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam Ops Lalang.
Antara mereka ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib".
Sekianlah artikel [Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib". kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib". dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/video-tun-m-jangka-pemimpin-pembangkang.html