Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir

Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir
link : Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir

Baca juga


Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bagaimana 'keajaiban' berlaku membabitkan lebih 28,000 nama dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun pertama 2017 di Selangor.

Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, berkata HARAPAN inginkan penjelasan daripada SPR Selangor, bagaimana keadaan itu boleh berlaku.

"Seolah-olah SPR guna jalan belakang membawa masuk pengundi (ke kawasan tertentu).

"Mereka tak buat kenyataan rasmi mengenai pertambahan pengundi. Biasanya SPR akan buat kenyataan media dan letak senarai semua nama untuk dipamerkan.

"Tapi ini hanya diletakkan di sini (pejabat SPR Selangor)," katanya kepada media di Shah Alam.

Turut hadir, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Hatta Ramli.

Ong mendakwa sebanyak 28,416 nama anggota tentera dan keluarga mereka - termasuk 7,600 di Kuala Lumpur - ditambah pada daftar itu melalui proses tuntutan yang disediakan SPR.

Katanya, tuntutan itu dibuat mengikut Akta Pilihan Raya yang membenarkan pengundi baru - yang namanya tercicir dari daftar pemilih atau berlaku kesilapan nama/alamat - ditambah atau diperbetulkan ke senarai dikemas kini.

Bagaimanapun, kata Ong, peruntukan itu mengelirukan serta mencurigakan kerana jumlahnya yang terlalu tinggi.

"Lebih ajaib lagi, semua tuntutan ini dibuat di pejabat SPR Putrajaya," katanya.

Biasanya, kata Ong, SPR tidak mempamerkan nama yang terlibat dalam tuntutan itu kerana jumlah kesilapan atau nama yang tercicir adalah kecil.

Selain itu Ong juga membangkitkan isu penyingkiran lebih 8,000 pengundi dari RDPT suku pertama itu melalui proses bantahan.

Katanya, 88 peratus daripada mereka adalah dari Selangor dan 99 peratus yang terlibat adalah pengundi Cina.

"Sehubungan itu, selain menuntut amalan pemberian salinan digital RDPT dikembalikan seperti sebelum ini, kami mahu SPR membuktikan bahawa tanggapan kami bahawa semua angka yang meragukan ini adalah penipuan dan keajaiban adalah salah," katanya.-Malaysiakini


Demikianlah Artikel Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir

Sekianlah artikel Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/video-macam-mana-28000-nama-pengundi_1.html

Subscribe to receive free email updates: