[Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir.

[Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir.
link : [Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir.

Baca juga


[Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir.

Khamis, 1 Jun 2017

Saya sudah insaf, akui Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat pengakuan bahawa beliau telah insaf, ia sebagai menjawab mereka yang menasihatkan ahli politik berusia 92 tahun itu agar menebus kesilapan lalu.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, ia adalah kerana beliau tergerak hati untuk memulakan usaha menentang salah laku.
"Sebab saya insaf, saya terpaksa memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh negara kita.
"Kalau saya cuma lepas tangan sahaja sedangkan saya dapat lihat banyak yang tidak betul dan ramai yang datang berjumpa dengan saya, berduyun-duyun, minta tolong buat sesuatu. Itulah sebab saya terlibat secara langsung untuk buat sesuatu.
"Saya tidak boleh mengabaikannya. Saya sedang menyaksikan pelbagai salah laku dan ramai orang telah meminta saya untuk melakukan sesuatu," kata beliau semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen PAS Nik Abduh Nik Aziz merupakan antara mereka yang menggesa Mahathir agar bertaubat.
Sambil menggesa Mahathir supaya kembali ke tikar sejadah kerana ia jalan terbaik untuk dirinya di hujung hayat, kata Nik Abduh: "Tak payahlah buat kerja lu langsi lu mati yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.”
“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.
"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya.
Nik Abduh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahathir mengenai allahyarham bapanya dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Semasa sesi Facebook, Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa para belia agar mengikuti perkembangan semasa supaya tidak mewarisi negara yang musnah.
"Anak muda akan mewarisi negara ini. Sudah tentu tidak ingin mewarisi sebuah negara yang hancur lebur, rosak kerana perbuatan di waktu ini.
"Sebab itu, anak-anak muda perlu mengikuti perkembangan dalam negara- politik, ekonomi, sosial supaya sebelum negara dirosakkan, tahu apa yang harus dilakukan dan mereka tentukan bahawa perosak-perosak ini tidak akan dapat teruskan usaha merosakkan setelah pilihan raya umum," tambah beliau.
Malaysiakini.


Demikianlah Artikel [Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir.

Sekianlah artikel [Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya] Saya sudah insaf, akui Mahathir. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/video-abang-mat-perangai-pelik-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :