[Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM

[Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM
link : [Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM

Baca juga


[Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM

Rabu, 7 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.
KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM

Tragedi yang menimpa sahabat kita di Kota London yang telah mengorbankan 9 maut, termasuk 3 penyerang ditembak mati polis adalah suatu yang tragis yang menimpa dunia kita pada hari ini, walaupun ini bukan perkara baru, tetapi impaknya kepada seluruh dunia itu cukup besar.

Malah ada beberapa dakwaan daripada laporan antarabangsa yang mendakwa penyerang tersebuttelah membunuh dengan menikam dan mengelar mangsa sambil melaungkan "ini untuk Allah".

Penting untuk saya tegaskan bahawa keganasan dalam apa jua bentuk tidak ada ruang dalam Islam malah tuhan melarang sama sekali sebarang bentuk pembunuhan. Tedapat 7 larangan utama dalam Islam yang membawa dosa besar; salah satunya ialah membunuh tanpa sebab yang munasabah.

Malangnya pada hari ini ada sekelompok dari mereka yang sengaja meniup perbezaan atas nama bangsa dan agama dengan sengaja untuk memburuk-burukkan agama dan memecahbelahkan manusia.

Justeru sebagai rakyat yang sedar, saya dan kita semua perlu bangkit untuk mengenalpasti perbezaan sesama manusia, menyusun perbezaan itu, mengatur siri penyelesaiannya, jalan-jalan keluarnya sehingga terhindar pertikaian yang boleh membawa pembunuhan dan peperangan.

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Maidah: 32)

Maka dengan itu, saya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan bertekad untuk melaksanakan tugas membina bersama sebuah negara yang bertamadun khususnya sesama manusia. Sungguhpun kita berbeza luarannya titik pertemuan perlu dibina demi menyelamatkan manusia dan negara.

Kita semua menolak sebarang kerakusan pemimpin negara dalam mencuri dan merompak kekayaan negara, salah guna kuasa, rasuah, menipu, pembaziran, ketirisan kleptokrasi, cukai yang membebankan, membiarkan kenaikan harga barang keperluan yang akan membawa rasa tidak selesa rakyat, marah, kebencian, pertikaian dan boleh menjurus kepada pembunuhan.

Oleh itu, mengapa kamu di sana membunuh dan melakukan kerosakan atas nama tuhan; sedangkan tuhan melarang itu semua, ingatan keras saya kepada mereka yang membunuh atas nama tuhan.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)


Demikianlah Artikel [Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM

Sekianlah artikel [Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video '8 tahun hadir majlis berbuka puasa, kenapa sekarang jadi masalah?'] Tragedi Kota London, KEGANASAN TIADA TEMPAT DALAM ISLAM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/video-8-tahun-hadir-majlis-berbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :