Judul : UGHANG KAMPONG DEN
link : UGHANG KAMPONG DEN
UGHANG KAMPONG DEN
Kenapa Idris Jala dilantik selesai kemelut FGV?
Sidang Media Presiden Bersatu, hari ini. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan mengapa bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai pihak ketiga bagi menyelesaikan isu Felda Global Venture (FGV).
Menurutnya, lebih elok sekiranya kemelut dalaman syarikat itu disiasat oleh pihak ketiga yang lebih adil.
"Lebih baik juru audit atau akauntan yang bertauliah dilantik supaya siasatan yang lebih bebas dan telus dapat dilakukan.
"Kita semua tahu siapa Idris Jala, oleh itu, isu sebegini sepatutnya pihak yang dilantik tidak berkepentingan sama ada dengan FGV atau lain-lain,"katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Galeri Bersatu, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Zakaria enggan lepas jawatan sehingga disabit bersalah]
Semalam, Idris Jala dilantik untuk menyelamatkan keadaan di FGV melalui kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, Muhyiddin melahirkan rasa kecewa beliau dengan krisis yang tidak berkesudahan melibatkan isu Felda dan FGV ini.
"Saya kecewa dengan isu ini masih berlarutan dengan krisis yang tidak henti-henti dan ia bawa kesan buruk kepada peneroka.
"Justeru, saya menyokong keputusan tepat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada salahguna kuasa atau rasuah yang berlaku dalam isu ini," katanya lagi.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
Demikianlah Artikel UGHANG KAMPONG DEN
Sekianlah artikel UGHANG KAMPONG DEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UGHANG KAMPONG DEN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/ughang-kampong-den.html