Judul : Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain
link : Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain
Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain
Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-23 mengenai Masa Depan Asia, anjuran Nikkei Inc pada 06/06/2017, Tun Dr Mahathir mencadangkan ahli-ahli TPPA perlu sebaliknya menjemput China, ekonomi terbesar di rantau ini setakat ini, untuk menyertai gabungan berkenaan. Kata beliau, tanpa Amerika, negara-negara ASEAN boleh memikirkan cara-cara baru untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan cara yang lebih saksama. Amerika katanya cenderung untuk menentukan dan memaksa pandangan sendiri. Sumber Nikkei Asian Review di sini dan di sini.
Tun Dr Mahathir terbukti telah mengalami amnesia berpilih. Apabila beliau berucap di pentas antarabangsa, beliau telah memuji China sebagai satu kuasa ekonomi terbesar yang mencorakkan perdagangan dunia. Sebaliknya, di dalam ceramah-ceramah beliau di dalam negara, apabila Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan China, beliau menuduh DS Najib ingin menjual negara.
Mengenai initiatif 'One Belt One Road (OBOR)', Tun Dr Mahathir berkata ia adalah "satu idea yang baik jika anda menggunakan laluan laut melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan." Bukankah projek OBOR mendapat tentangan yang hebat dari pembangkang Malaysia? Sudah 'u-turn' ka? Di dalam ceramah beliau di Malaysia, beliau sering menegaskan adalah merbahaya menjalinkan hubungan ekonomi dengan China. Sekarang beliau menyokong projek OBOR yang mana Malaysia terlibat di dalamnya?
Yang pasti, Tun Dr Mahathir menegaskan sekali lagi beliau ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi, walaupun untuk jangka masa yang pendek. Yang tak boleh tahan, apabila beliau berkata,
The prime minister Najib has become too powerful. I was powerful, but I didn't abuse my powers. That is why I was re-elected five times.
Ya lah Tun, yang baik, zuhud dan tidak pernah salah guna kuasa hanya Tun seorang.
Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/tun-dr-mahathir-mengalami-amnesia.html