Judul : TERUS MAHU 'CEKIK' PENGGUNA
link : TERUS MAHU 'CEKIK' PENGGUNA
TERUS MAHU 'CEKIK' PENGGUNA
Shah Alam - Kenapa harga barang masih tak turun walaupun harga petrol sudah turun?
Itu persoalan yang pengguna susulan harga petrol turun lima minggu berturut-turut.
Suasana ini berbeza sekiranya harga petrol naik, harga barangan terus dinaikkan dengan pelbagai alasan oleh peniaga.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman memberi amaran kepada peniaga agar tidak terus 'mencekik' pengguna.
Beliau berkata, mereka tidak boleh menjadikan harga petrol sebagai alasan menaikkan harga barang.
“Bila harga petrol naik, harga barang terus naik. Bila minyak turun, harga barang tak turun-turun.
"Ia menjadi alasan biasa kepada pengguna untuk menaikkan harga barang. Padahal bila harga petrol turun, harga barangan juga mesti turun," katanya.
Beliau berkata, peniaga sering menjadikan peningkatan kos operasi dan lain-lain faktor sebagai alasan menaikkan harga barangan.
Katanya, peniaga harus melihat keadaan secara keseluruhan ketika meletakkan harga dan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Kerajaan perlu memastikan peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 supaya pengguna tidak menjadi mangsa.
“Kita bagaimanapun sedia maklum harga petrol berubah mengikut keadaan semasa. Namun ia bukan alasan peniaga menaikkan harga terburu-buru,” katanya.
Katanya, Fomca akan terus mendesak peniaga menurunkan harga ekoran penurunan harga petrol.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, perlu ada satu mekanisme penentuan harga barangan ketika petrol turun harga.
“Harga barang ini ibarat kucing yang tahu panjat pokok tapi tidak tahu turun. Kerana itu perlu ada satu mekanisme agar peniaga lebih beretika. Jangan semata-mata mencari keuntungan.
"Perlu ada program yang mendidik peniaga supaya lebih beretika dan pengguna lebih bijak,” katanya.
Katanya, pengguna juga perlu memainkan peranan dengan memboikot peniaga yang didapati memanipulasikan harga barangan.
“Kita boleh mendesak peniaga turunkan harga. Tapi berbalik kepada pengguna yang tetap membeli walaupun harga diletakkan sehingga dua kali ganda. Peniaga pula mengambil kesempatan. Daripada menjual pada harga murah lebih baik jual mahal,” katanya.
Tambahnya, majoriti peniaga sudah hilang sifat kemanusiaan kerana hanya memikirkan soal keuntungan.
Terkini, harga runcit RON95 pada RM1.89 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel pula RM1.84 seliter.
Demikianlah Artikel TERUS MAHU 'CEKIK' PENGGUNA
Sekianlah artikel TERUS MAHU 'CEKIK' PENGGUNA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TERUS MAHU 'CEKIK' PENGGUNA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/terus-mahu-cekik-pengguna.html