[TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR'

[TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR' - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR'
link : [TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR'

Baca juga


[TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR'


‘Hanya lombong emas terbiar’


Penduduk Kampung mendakwa lombong emas haram yang dimaksudkan beroperasi di Hutan Simpan Lakum seperti disiarkan Sinar Harian semalam adalah sebuah lombong emas lama yang ditinggalkan pemiliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bolok Hulu/Sokmik Mohamed Jantan berkata,lombong lama itu sudah lebih lima tahun ditinggalkan dan tidak ada sebarang aktiviti melombong dilakukan secara besar-besaran di kawasan itu.

“Lombong itu tetap haram dan kita tidak nafikan, tapi jika nak kaitkan lombong ini punca berlaku banjir kilat itu mustahil kerana Sungai Teris ini sangat kecil.

“Saya tidak arif untuk mengukur tahap air yang boleh menjadi punca banjir kilat, itu kita serah pada pakar seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar.

“Apa yang pasti lombong itu lombong lama dan saya selaku ketua kampung di sini secara peribadi juga tidak pernah melihat aktiviti melombong secara komersial dijalankan di kawasan ini. Laluan keluar masuk kawasan ini perlu melalui jalan kampung,mustahil kami tak perasan jika ada lori angkut bahan galian di tempat kami,” katanya.

Sementara itu penduduk, Husin Abdul Manan, 53, berkata, secara logiknya sungai yang dimaksudkan boleh menjadi punca banjir itu sangat kecil malah lebih kecil dari longkang.

Menurutnya, ada anak Sungai Sempa yang kecil di kawasan lombong itu sebelum ia mengalir masuk ke Sungai Teris, kalau dikaitkan dengan banjir kilat mustahil sebab kawasan ini aliran air sedikit.

“Banjir besar yang melanda Kuala Gandah bulan lalu tidak pernah berlaku dalam sejarah, mana ada banjir sebesar itu selama ini.

“Kita minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan buat kajian macam mana boleh berlaku banjir ini, air Sungai Teris ini datangnya dari kaki Gunung Benom,”katanya.

Anuar Abu Samah, 43, pula berharap pakar air dan JPS dapat mencari apa sebenarnya punca banjir kilat bulan lalu.

Menurutnya, penduduk kampung mahukan fakta yang tepat bukan andaian yang dibuat pihak tertentu semata-mata mahu mencari nama dan popular.

“Kajian terperinci perlu dilakukan sebelum membuat pendedahan yang tidak tepat sekali gus merumitkan lagi keadaan,” katanya.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR'

Sekianlah artikel [TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] ‘HANYA LOMBONG EMAS TERBIAR' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/temerloh-hanya-lombong-emas-terbiar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :