Judul : TE[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI BAPA KANDUNG
link : TE[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI BAPA KANDUNG
TE[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI BAPA KANDUNG
Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinannya Ogos depan buntu dan sedih kerana gagal menghubungi bapa kandungnya walaupun pelbagai usaha dilakukan sejak beberapa bulan lalu.
Lily Marina Mohd Rais, 33, berkata, dia mahuj bapanya itu mewalikan pernikahannya.
Dia yang berasal dari Tanah Putih, Pekan, merayu bapanya atau sesiapa yang mengenali Mohd Rais supaya menghubunginya secepat mungkin.
Katanya, bapanya yang dipercayai berusia dalam lingkungan hujung 50an, menghilangkan diri 33 tahun lalu.
“Selepas menghilangkan diri, bapa saya berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari negeri sama. Tapi lepas beberapa tahun kebelakangan ni saya dah tak dengar khabar berita tentangnya lagi,” katanya kepada pemberita, di sini.
Lily Marina berkata, kali terakhir berjumpa dengan ayahnya pada sekitar tahun 1984 ketika itu dia berusia enam bulan.
“Sedikit menyukarkan saya apabila perpisahan kami ketika masih kecil serta tak ada gambar ayah malah tidak mengenali saudara mara sebelah bapa yang berasal dari Johor.
“Saya cari ayah untuk jadi wali pada hari pernikahan. Harap ayah dapat tampil. Selain itu juga saya juga teringin nak jumpa ayah memandangkan kami dah lama terpisah,” katanya.
Demikianlah Artikel TE[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI BAPA KANDUNG
Sekianlah artikel TE[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI BAPA KANDUNG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TE[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI BAPA KANDUNG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/tekuantan-bakal-pengantin-cari-bapa.html