Judul : Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB
link : Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB
Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB
Sistem peralatan radar bernilai jutaan ringgit yang dalam transit ke Belanda dilaporkan telah hilang di pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.
Menurut akhbar The Starhari ini, barangan dalam transit dari Australia itu ditahan oleh Jabatan Kastam sementara menunggu dokumen yang diperlukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Menurut akhbar itu, peralatan ketenteraan berteknologi tinggi berkenaan tiba bulan lalu dalam satu kontena tanpa kelulusan yang diperlukan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010.
Adalah dilaporkan semakan audit yang dijalankan mendapati peralatan itu tidak lagi berada di pelabuhan, dan laporan polis kemudiannya dibuat.
"Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan bahawa barangan itu dimuatkan ke kapal lain dan dihantar terus ke Belanda secara rahsia untuk mengelakkan masalah lanjut," kata The Star yang memetik sumber.
Tambahnya, menurut pihak berkuasa, adalah sukar untuk mengalihkan peralatan itu melalui darat kerana “pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar pelabuhan".
Siasatan sedang dijalankan.
Demikianlah Artikel Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB
Sekianlah artikel Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/sistem-radar-canggih-lesap-dari.html