Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh.

Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh.
link : Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh.

Baca juga


Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh.

BERLIN- Seyran Ates merupakan pengasas masjid “liberal” yang mengizinkan lelaki dan wanita bercampur ketika solat, menerima ugutan bunuh dari orang yang tidak di kenali

Menurut laporan The Malay Mail Online, “Ancaman bunuh, dan ugutan lain... sebahagiannya datang daripada puak Islam,” kata Seyran Ates, seorang pengasas Masjid Ibnu Rushd-Goethe.

Beliau, antara tujuh pengasas masjid, mendakwa menerima ugutan “ganas dan lucah” sebelum masjid itu dibuka lagi, Jumaat lepas, lapor RT Deutsch semalam.

Masjid sempena nama ulama kurun ke-12 dan penyair Jerman abad ke-18 membenarkan jemaah berbeza jantina bersolat bersebelahan selain berimamkan wanita.

Masjid itu yang terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan di sini dikawal polis ketika majlis perasmiannya.

Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah, sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan beribadat.

Walau terbuka kepada semua golongan, masjid ini melarang masuk wanita bertudung menutup muka dengan alasan keselamatan.

Dalam wawancara dengan akhbar Der Spiegel minggu lepas pula, Ates berkata masjid itu tidak percaya purdah atau niqab sebagai ajaran Islam.

Aktivis wanita dan peguam itu berharap masjid itu akan menjadi pusat liberalisme apabila semua orang dialu-alukan dan dilayan sama rata, lapor Mail Online.

“Tidak dibenarkan sebarang ucapan yang melanggar demokrasi di sini,” katanya.

Malah, penganut Islam boleh meluahkan rasa was-was terhadap agama mereka dan mendekatinya dengan menggunakan hujah akal, bukannya ikut membuta-tuli.

“Saya ada terima beberapa mesej di media sosial, selalunya kejian,” kata Ates seperti dilaporkan portal United Kingdom itu.

“Namun 95 peratus maklum balas indah-indah dan positif.” - The Malay Mail Online


Demikianlah Artikel Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh.

Sekianlah artikel Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seyran Ates Imam Di Masjid Liberal Menerima Ugutan Bunuh. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/seyran-ates-imam-di-masjid-liberal_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :