Sekolah wajib perkasa warisan tradisional

Sekolah wajib perkasa warisan tradisional - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekolah wajib perkasa warisan tradisional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekolah wajib perkasa warisan tradisional
link : Sekolah wajib perkasa warisan tradisional

Baca juga


Sekolah wajib perkasa warisan tradisional

Sebahagian pelajar sekolah bersorak gembira selepas
berjaya mencatat nama dalam malaysia book of records
bagi penyertaan bacaan puisi paling ramai membabitkan
2,536 orang di marang, terengganu, baru-baru ini.
UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
MARANG 1 Jun - Terengganu bakal menjadi negeri pertama mewajibkan semua sekolah menengah dan rendah memperkasa serta membudayakan tarian, pakaian dan makanan tradisional negeri itu yang akan mula dilaksanakan tahun depan.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, usa­ha itu akan digerakkan menerusi kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) bagi memastikan nilai warisan tradisional Terengganu diserap di peringkat sekolah agar terus kekal dan tidak pupus ditelan zaman.

Menurutnya, bermula tahun depan, sekolah-sekolah akan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat persediaan dengan setiap sekolah diwajibkan menguasai warisan sama ada tarian, pakaian dan makanan selain dijadikan koleksi untuk dipersembahkan pada sambutan Hari Guru.

“Usaha ini akan dijadikan projek JPNT (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu) untuk memperkasakan beberapa perkara bagi memastikan setiap sekolah mempunyai identiti tarian, pakaian atau tariannya sendiri.

“Sebagai contoh, kita akan wajibkan sebuah sekolah kuasai tarian, manakala sekolah lain kuasai pakaian dan makanan. Pada masa ini terdapat 503 buah sekolah di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival SawaTesdec dan Mencipta Rekod Malaysia Largest Participation In A Poetry Recitation Event di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa dekat sini, baru-baru ini.

Jelasnya, jenis tarian tradisional antaranya waimang landok, rodat, tarian balai, ulek mayang, menora dan sebagainya dengan memastikan masing-masing bebas daripada sebarang unsur spiritisme.

Beliau menambah, pakaian tradisional pula meliputi songket dan batik manakala bagi makanan merangkumi pelbagai jenis juadah tradisional Terengganu yang sememangnya menjadi tarikan unik.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai 2,536 pelajar sekolah sekitar daerah ini, Kuala Terengganu dan Dungun melakar sejarah tersendiri apabila mendeklamasi sajak secara se­rentak sekali gus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) berdasarkan penyertaan paling ramai.

Sumber: UTUSAN ONLINE




Demikianlah Artikel Sekolah wajib perkasa warisan tradisional

Sekianlah artikel Sekolah wajib perkasa warisan tradisional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekolah wajib perkasa warisan tradisional dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/sekolah-wajib-perkasa-warisan.html

Subscribe to receive free email updates: