Judul : PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M
link : PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M
PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini sering menyerang Datuk Seri Najib Razak isu 1MDB dan salah guna kuasa, menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan menahan pemimpin pembangkang ketika pilihan raya umum ke-14 nanti.Menurut laporan Malaysiakini, "Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa pilihan raya umum ke-14.
"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.
"Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.
"Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," kata beliau dalam blognya hari ini.
Dalam keadaan begitu, kata Dr Mahathir, undi untuk pembangkang akan merosot.
Semasa ketiadaan pemimpin, kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, Najib boleh merasuah rakyat dan pekerja parti semahu hatinya.
"Mereka akan melakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.
"Pekerja pilihan raya dan juga pegawai mungkin akan menyalaharahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali," kata beliau lagi.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu juga mendakwa Malaysia kini sudah menjadi "negara polis".
"Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “police state”. Tidak ada peraturan undang-undang.
"Sama ada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya.
"Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan.
"Mereka akan menganggu gugat orang, memanggil untuk disoal siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ianya dilakukan dengan persetujuan ketua polis negara," katanya.
Dr Mahathir kemudian menggesa rakyat untuk menolak Najib pada PRU ke-14 ini walaupun tokoh pembangkang ditahan.
"Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di pilihan raya umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.
"Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.
"Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya," kata Dr Mahathir menamatkan catatannya. - Sumber: Malaysiakini
Demikianlah Artikel PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M
Sekianlah artikel PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/pru-14-ramai-pemimpin-pembangkang-akan_29.html