POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH

POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH
link : POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH

Baca juga


POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH


rasuah


Ipoh - Polis Perak sedang memburu seorang pemandu lelaki yang didakwa memberi suapan kepada seorang anggota trafik seperti yang tular di media sosial, minggu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memerlukan individu tersebut bagi membantu siasatan selain menjalankan siasatan secara terperinci.

Beliau berkata, anggota trafik berkenaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu kini diberi tugas dalaman sementara menunggu hasil siasatan penuh oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami memerlukan pemandu berkenaan supaya siasatan dapat diteruskan," katanya demikian pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Sarjan peringkat Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini semalam.

Dalam video berdurasi tujuh saat itu, seorang anggota trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki berbangsa Cina ketika menjalankan tugas.

Dalam pada itu, Hasnan berkata, pembabitan kes rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota polis di Perak masih terkawal dengan kurang daripada 10 anggota terbabit pada tahun ini.

"Setakat ini, tangkapan warga polis negeri Perak yang terlibat dalam kegiatan ini adalah seramai 15 orang dalam tempoh tiga tahun ini. Yang terakhir sekali, berlaku satu tangkapan lelaki berumur linkungan 30 hingga 40an di Selama, Perak, kira-kira dua minggu yang lepas," katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, 25 pegawai menerima kenaikan pangkat ASP, 141 (Sarjan) dan dua pegawai dipakaikan pangkat Superintendan (Supt).




Demikianlah Artikel POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH

Sekianlah artikel POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel POLIS PERAK BURU PEMANDU 'SALAM' RASUAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/polis-perak-buru-pemandu-salam-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :