Judul : PELAJAR ASING HILANGKAN DIRI
link : PELAJAR ASING HILANGKAN DIRI
PELAJAR ASING HILANGKAN DIRI
Putrajaya - Hanya segelintir institusi pengajian tinggi (IPT) yang membuat laporan apabila terdapat pelajar asing di IPT mereka tidak hadir ke kelas dalam tempoh yang lama, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Mengulas gesaan beberapa pihak supaya kemasukan pelajar asing ke IPT terutamanya swasta diperketatkan susulan isu dadah, beliau berkata IPT sepatutnya membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) apabila pelajar asing menghilangkan diri bagi memudahkan pemantauan Jabatan Imigresen.
"Jabatan Imigresen sentiasa bekerjasama dengan KPT dalam memantau keberadaan mereka (pelajar asing) bagi memastikan mereka benar-benar pergi belajar.
"Bagaimanapun, pihak IPT juga harus membuat laporan kepada KPT supaya mudah untuk kita pantau," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pendaftaran E-Kad di ibu pejabat Jabatan Imigresen, di sini malam ini.
Ditanya sama ada IPT boleh diambil tindakan jika gagal membuat laporan, beliau berkata perkara itu tertakluk kepada KPT sebagai pihak yang menyelia IPT di negara ini.
Dua hari lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata warga Nigeria adalah paling ramai ditahan membabitkan kes dadah dan kebanyakannya memasuki negara ini dengan pas pelajar.
Menurutnya, berdasarkan statistik tangkapan bagi tahun 2015, 2016 dan tahun ini, 358 pelajar warga asing ditahan atas kesalahan memiliki dan kes pengedaran dadah.
Demikianlah Artikel PELAJAR ASING HILANGKAN DIRI
Sekianlah artikel PELAJAR ASING HILANGKAN DIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PELAJAR ASING HILANGKAN DIRI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/pelajar-asing-hilangkan-diri.html