MURKA

MURKA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MURKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MURKA
link : MURKA

Baca juga


MURKA

Sultan Selangor murka terhadap Sivarasa
Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABD RAHIM
 
SHAH ALAM - "You have crossed the line!" (Kamu sudah melampaui batas!).
Demikian kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kemurkaan terhadap insiden itu berikutan tindakan Sivarasa yang masih berucap di dalam masjid meskipun baginda sudah berkali-kali mengingatkan agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada bagi yang beragama Islam mahu pun bukan Islam.

"Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.

"Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan...Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, 'You have crossed the line!'," titah baginda.

Demikian titah Sultan Selangor terhadap wakil rakyat PKR itu pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan majlis perasmian masjid An Nur Temasya Glenmarie di sini, sekejap tadi.

Baginda bertitah lagi, jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya.

"Itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid," titahnya.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda serta tidak membenarkan sama sekali masjid dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik.

Baginda turut mengingatkan masjid dan surau perlu digunakan sebagai tempat beribadat serta tempat untuk menuntut ilmu agama, selain tempat untuk mengeratkan silaturahim sesama umat Islam supaya tidak berpecah-belah dan berpuak-puak.

"Beta memberi kuasa kepada nazir, imam dan AJK masjid untuk menjaga rumah Allah dan kemuliaan masjid. Maka gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya.

"Jika ada antara nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid yang hendak aktif berpolitik di masjid, beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid dan serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain," titah baginda.

Baginda turut memberi amaran untuk tidak teragak-agak menitahkan Jais supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan AJK masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Dalam kes masjid An-Nur Kampung Melayu Subang ini, beta mahu supaya Jais menyiasat dengan terperinci dan sekiranya ada bukti yang ahli jawatankuasa masjid melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan selanjutnya hendaklah diambil terhadap mereka selepas Ramadan," titah baginda.

Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa murka dengan tindakan Sivarasa yang memasuki dan memberi ceramah di ruang solat Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku, Datuk Munir Bani kepada Pengarah Jais.


Demikianlah Artikel MURKA

Sekianlah artikel MURKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MURKA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/murka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :