LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH

LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH
link : LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH

Baca juga


LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH


penerbangan


Kuala Lumpur - Penumpang penerbangan yang akan balik kampung atau bercuti sempena Aidilfitri perlu bertindak jika hak mereka sebagai penumpang tidak diberi layanan yang sepatutnya.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Tan Sri Abdullah Ahmad berkata, jika berdepan dengan perkhidmatan penerbangan yang tidak memuaskan di mana-mana lapangan terbang di Malaysia atau semasa penerbangan, mereka boleh membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

"Khususnya kes bagasi yang rosak atau hilang, dan penerbangan yang dibatalkan atau tertangguh," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan yang diperkenalkan Mavcom tahun lepas, penumpang boleh menuntut pampasan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan dengan penerbangan yang dinaiki.

"Berdasarkan kod perlindungan itu, jika sesebuah penerbangan itu tertangguh selama dua jam atau lebih, penumpang yang terlibat layak mendapat pampasan dalam bentuk makanan dan perkhidmatan telefon atau internet.

"Jika ia tertangguh selama lima jam atau lebih, penumpang layak mendapat penginapan hotel dan pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel," kata Abdullah yang juga bekas Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Mavcom menerima 2,041 aduan daripada pengguna sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac tahun lepas, dan 95 peratus daripadanya telah diselesaikan.

Beliau berkata, bagaimanapun sebelum membuat aduan kepada Mavcom, penumpang perlu membuat aduan kepada syarikat penerbangan atau pengurusan lapangan terbang terlebih dahulu.

"Jika tiada sebarang respon dalam tempoh 24 jam, mereka perlu menghubungi Mavcom untuk tindakan selanjutnya," katanya.




Demikianlah Artikel LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH

Sekianlah artikel LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAYAK DAPAT PENGINAPAN JIKA PENERBANGAN TERTANGGUH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/layak-dapat-penginapan-jika-penerbangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :