[KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA

[KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA
link : [KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA

Baca juga


[KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA


Sambut lebaran tanpa keluarga


Enam bulan lalu, bermula episod kehidupan baharu bagi seorang warga emas apabila Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Taman Tas, di sini menjadi tempatnya berteduh dan menghabiskan sisa hidupnya.

Namun, jauh di sudut hatinya, lelaki berusia 69 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad itu terkilan kerana menyambut lebaran tanpa keluarga di sisi.

Dia yang berasal dari Balok di sini, mengharapkan anak-anak menjenguknya, namun hampa apabila mereka tidak kunjung tiba.

Menurutnya, walaupun ramai rakan-rakan senasib dengannya ada di rumah kebajikan tersebut, hatinya masih terkilan setiap kali terkenangkan tiada seorang daripada lapan anaknya datang melawat sejak 1 Syawal lalu.

“Sejak tinggal di sini enam bulan lalu, di hari raya ni pakcik harap anak-anak datang melawat. Sekejap pun tak apa. pakcik dah janji dengan diri tak akan marah kalau mereka datang jenguk.

“Walau apa keadaan pun, pakcik sentiasa memaafkan anak-anak dan harap mereka turut memaafkan kesalahan lalu. Buat masa ni hanya abang kandung pakcik saja yang datang, itu pun dah rasa seronok,” katanya.

Ahmad yang tidak boleh berjalan dan bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk bergerak berkata, sembilan tahun dia ditinggalkan anak-anak dan tinggal seorang diri.

“Pakcik dan isteri dah lama berpisah. Anak-anak terutama yang bongsu tinggal dengan ibu mereka. Pakcik datang ke rumah kebajikan ni, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang hantarkan. Dulu pernah dimasukkan ke rumah orang tua di Terengganu tapi balik semula ke rumah. Kali ni rasanya tak ada siapa yang peduli dah.

“Kalau mereka datang pun pakcik bukan nak ikut mereka balik, cukuplah sekadar dapat tengok muka, pakcik pun dah tua," katanya.

Menurutnya, dia lebih gembira dan selesa tinggal di rumah kebajikan tersebut.

Katanya, walaupun berasa terpisah dari keluarga, di rumah kebajikan itu, dia ramai kawan senasib dengannya.

“Pakcik dah puas tinggal seorang, tak ada siapa nak berkongsi cerita. Di sini minum terjaga. Rawatan kesihatan pun berjadual,” katanya




Demikianlah Artikel [KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA

Sekianlah artikel [KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] SAMBUT LEBARAN TANPA KELUARGA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/kuantan-sambut-lebaran-tanpa-keluarga.html

Subscribe to receive free email updates: