[KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU

[KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU
link : [KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU

Baca juga


[KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU


Padah guna nombor pendaftaran palsu


Seorang penganggur yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 menggunakan nombor pendaftaran palsu ditahan selepas nekad melalui pemeriksaan polis dalam sekatan jalan di Jalan Pintasan Kuantan, kawasan Bukit Rangin, di sini kelmarin.

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal ditunggang lelaki berusia 31 tahun berasal daripada Kemaman, Terengganu itu mendapati nombor pendaftarannya didaftarkan pada kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dalam operasi kira-kira jam 11 malam itu, anggotanya sudah memerhatikan lelaki terbabit yang menunggang dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis arahkan lelaki itu berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati nombor pendaftaran motosikal ditunggang suspek palsu sebelum lelaki itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk siasatan lanjut.

“Malah lelaki terbabit turut mengaku melakukan perbuatan berkenaan kerana mahu mengelirukan polis ketika beraksi liar di jalan raya,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, pihak polis turut menyita motosikal berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis mengesahkan suspek bersama motosikal miliknya bebas daripada kegiatan jenayah,” katanya.

Dalam operasi itu juga, polis memeriksa 248 kenderaan dan mengeluarkan 355 saman atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU

Sekianlah artikel [KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PADAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/kuantan-padah-guna-nombor-pendaftaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :