Judul : Kritikan Shebby Terhadap Farizal Marlias Di Tepis TMJ
link : Kritikan Shebby Terhadap Farizal Marlias Di Tepis TMJ
Kritikan Shebby Terhadap Farizal Marlias Di Tepis TMJ
Semalam aksi separuh akhir kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di antara Johor Darul Ta’zim dan Ceres-Negros FC, dalam perlawanan tersebut Farizal Marlias dilayangkan kad merah kerana bergaduh dengan pemain Ceres-Negros FCMenurut laporan SuaraTV, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan Farizal Marlias yang kad merah oleh penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana bergaduh dengan pemain Ceres-Negros FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, malam Rabu.
Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT menyatakan sokongan terhadap Farizal dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebook Johor Southern Tigers.
“Kepada Farizal Marlias, I’m with u. Kepada penyokong-penyokong JDT, pemain JDT I Love U,” katanya dalam video tersebut.
Pada masa sama, Tunku Ismail turut menasihati penyokong JDT supaya jangan cepat melatah dengan kekalahan tersebut.
“Kepada penyokong JDT mental jangan cepat koyak, baru kene enjit sikit mental dah koyak. Tengok saya dah bertahun kene enjit relax je, tak lot tak lot punya… Kepada penyokong JDT kekal bersama kelab, love u…,” kata Tunku Ismail.
Sebelum ini kenyataan Penganalisis bola sepak tanah air, Serbegeth “Shebby” Singh antara yang kecewa dengan kelakuan Farizal yang disifatkan seperti samseng.
Bagaimanapun, Shebby turut dikritik peminat bola sepak tanah air dengan ada di antara mereka menyifatkan komen tersebut sebagai keterlaluan.
Ini merupakan komen Shebby, “Sebagai rakyat Malaysia, saya benar-benar malu dengan kelakuan Farizal. Itu bukan cara kita rakyat Malaysia bertindak. Dia perlu dihukum di atas kelakuannya itu… anda tidak letak tangan anda pada pengadil.
“Saya pernah lihat pemain dilarang seumur hidup kerana berkelakukan seperti itu. Jadi kelakuan itu tidak patut. Tiada profesionalisme. Ya, kita semua beremosi, kita semua ghairah mengenai permainan. Tetapi berkelakuan seperti itu, saya maksudkan ini adalah kelakuan samseng.
“Saya bercakap berdasarkan hati saya, sebagai anak Johor, saya berharap Farizal tidak bermain untuk JDT lagi kerana dia telah benar-benar memalukan kira-kira 3.6 juta rakyat Johor di Malaysia,” kata Shebby ketika memberikan analisis selepas perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu di Fox Sports Asia.-SuaraTV
Demikianlah Artikel Kritikan Shebby Terhadap Farizal Marlias Di Tepis TMJ
Sekianlah artikel Kritikan Shebby Terhadap Farizal Marlias Di Tepis TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kritikan Shebby Terhadap Farizal Marlias Di Tepis TMJ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/kritikan-shebby-terhadap-farizal.html