Judul : GURU TEMUKAN KALIMAH ALLAH PADA ALAT MAINAN
link : GURU TEMUKAN KALIMAH ALLAH PADA ALAT MAINAN
GURU TEMUKAN KALIMAH ALLAH PADA ALAT MAINAN
Parit Buntar – Seorang guru membuat aduan polis di sini berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.
Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’ pada alat permainan itu.
Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak ‘pengganas’ tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.
“Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak ‘pengganas’ berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mahnun berkata, terkejut dengan perkara itu beliau segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.
Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut.
Demikianlah Artikel GURU TEMUKAN KALIMAH ALLAH PADA ALAT MAINAN
Sekianlah artikel GURU TEMUKAN KALIMAH ALLAH PADA ALAT MAINAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GURU TEMUKAN KALIMAH ALLAH PADA ALAT MAINAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/guru-temukan-kalimah-allah-pada-alat.html