Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’

Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’ - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’
link : Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’

Baca juga


Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’

FMT | June 8, 2017
Lim berkata boleh mengklasifikasikan minit Exco seperti yang dikehendaki Gerakan tetapi mempersoalkan apa faedah jika berbuat demikian.
guan-eng-jason-loo
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng melabelkan Gerakan “pembohong besar” kerana terus membuat “dakwaan tidak berasas” mengenai jualan tanah kerajaan bernilai RM156 juta kepada sebuah hospital swasta.

Lim menjelaskan sebelum ini beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada “permainan” Gerakan dan dengan itu enggan melayan dakwaan yang dianggap sebagai “pembohongan”.

Bagaimanapun, beliau terpaksa kerana kenyataan terkini Gerakan sebagai tidak masuk akal.
Lim menjelaskan Gerakan melakukan kesilapan apabila menyatakan Enakmen Ketua Menteri Diperbadankan 2009 memberi kuasa mutlak kepada ketua menteri.
Beliau menegaskan sebarang keputusan atau pelaksanaan dilakukan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN).

Oleh itu, beliau berkata Gerakan “cuba berbohong” mengenai enakmen itu.
“Bolehkah anda tunjukkan kepada saya dalam enakmen mana yang tertera ‘ketua menteri mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan’?

“Saya sendiri tidak menandatangani satu kontrak pun, hanya menjadi saksi sahaja.
“Gerakan semakin menjadi pembohong besar. Hanya masa akan menentukan bila mereka akan kena”.
Lim juga berkata gesaan Gerakan untuk mengubah status minit MMKN mengenai penjualan tanah boleh dipertimbangkan tetapi mempersoalkan apa faedahnya jika berbuat demikian.

“Jika kita ubah status (dokumen itu), apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan meletak jawatan atau bersara daripada politik? Mungkin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada saya? Mungkin menderma RM1 juta kepada badan amal?
“Kalau macam itu baiklah, kita akan pertimbangkan ubah status itu… tetapi kita bosan dan letih dengan permainan mereka.

“Mereka berbohong untuk menutup pembohongan lain. Sehingga pembohongan semakin bertambah. Apabila mereka gagal untuk menutup pembohongan mereka, mereka beralih kepada perkara lain, “kata Lim kepada pemberita di Komtar hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata di bawah Enakmen Perbadanan Ketua Menteri 2009, semua keputusan dibuat oleh ketua menteri sahaja.
Jason juga mahu Lim mendedahkan minit MMKN untuk menunjukkan bukan hanya beliau yang memutuskan semua perkara.


Demikianlah Artikel Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’

Sekianlah artikel Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng label Gerakan ‘pembohong besar’ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/guan-eng-label-gerakan-pembohong-besar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • RINDU Najib lawat Abdul Hadi di IJN Atirah Hasli 18 Mei 2017 Tweet SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesah… Read More...
  • RINDU Najib lawat Abdul Hadi di IJN Atirah Hasli 18 Mei 2017 Tweet SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesah… Read More...
  • RINDU Najib lawat Abdul Hadi di IJN Atirah Hasli 18 Mei 2017 Tweet SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesah… Read More...
  • MURKA Sultan Selangor murka terhadap Sivarasa Nor Azihan Md Ghazali 2 Jun 2017 Tweet Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto… Read More...
  • Sultan Selangor: Sivarasa, Kamu ‘Melampau Batas’ Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menegaskan, tindakan Anggota Parlimen Subang R Sivarasa yang berucap di dewan sola… Read More...