Judul : Gagal Bersaing Dengan Si Suami, Tun Dr Mahathir Ajak Isteri Orang Pula Bergaduh
link : Gagal Bersaing Dengan Si Suami, Tun Dr Mahathir Ajak Isteri Orang Pula Bergaduh
Gagal Bersaing Dengan Si Suami, Tun Dr Mahathir Ajak Isteri Orang Pula Bergaduh
Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir sekali lagi merendahkan darjatnya apabila secara terbuka mengajak isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor untuk bergaduh. Bukan saingan Tun Dr Mahathir, sebagai seorang negarawan untuk bergaduh dengan DS Rosmah Mansor yang bukan seorang ahli politik sekalipun.
Tindakan DS Rosmah Mansor untuk mengheret pihak yang membuat fitnah ke atas dirinya seharusnya tidak ada kena mengena dengan Tun Dr Mahathir. Kenapa beliau mesti terasa hati? Adakah Tun terlibat dengan 'aduan awam' yang dibuat melalui Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang menjadi sensasi sehari dua ini?
Dalam satu kenyataan dikeluarkan peguam DS Rosmah Mansor, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, firma guaman itu berkata mereka yang membuat serangan berniat jahat terhadap DS Rosmah Mansor akan berdepan tindakan undang-undang tanpa notis lanjut atau rujukan.
Kenapa pula DS Rosmah Mansor perlu menyaman DOJ berdasarkan Saman Sivil yang terbaru? DS Rosmah Mansor bukan merupakan defendan yang disaman. Cerita dongeng barang kemas termasuk cincin berlian di dalam Saman Sivil berkenaan tidakpun disenaraikan sebagai barangan yang hendak dirampas oleh DOJ. DOJ tidak dapat waima membuktikan bahawa DS Rosmah Mansor memiliki mana-mana barang kemas berkenaan. Celah kangkang Bedah mana DS Rosmah Mansor hendak saman?
Kenapa pula Tun Dr Mahathir yang sibuk menyuruh DS Rosmah memulangkan barangan kemas berkenaan? Lagipun apa kaitan Tun Dr Mahathir pula dengan 'Saman Sivil' berkenaan? Adakah beliau dalang yang membuat 'aduan awam' melalui DOJ untuk menjatuhkan Perdana Menteri?
Dalam video 45 saat yang disiarkan pada akaun Twitter rasmi beliau @chedetofficial, Dr Mahathir berkata DS Rosmah, isteri Perdana Menteri perlu membuktikan dakwaan itu palsu. Baguslah jadi Tun Dr Mahathir, dia buat fitnah, DS Rosmah Mansor kena buktikan tidak bersalah. Bulan Ramadhan bukan Tun Dr Mahathir hendak beribadat, tambah fitnah lagi ada.
"Berani kerana benar. Jika ini fitnah, saya cabar Rosmah untuk saman DoJ sekali. Saya juga menggesa Rosmah supaya memulangkan semula duit rakyat dan barang kemas yang dibeli menggunakan duit rakyat. Duit yang digunakan ini adalah milik rakyat bukan milik Rosmah."
Daripada Tun Dr Mahathir mendesak dan mencabar DS Rosmah menyaman DOJ, lebih baik beliau mengarahkan Matthias Chang dan Hanif Khatri yang merupakan peguam peribadinya untuk ke United Kingdom dan menfailkan saman fitnah ke atas Raja Petra Kamaruddin. Lagipun ini bukan kali pertama Raja Petra membuat pelbagai tuduhan ke atas Tun Dr Mahathir. Beranikah beliau?
Demikianlah Artikel Gagal Bersaing Dengan Si Suami, Tun Dr Mahathir Ajak Isteri Orang Pula Bergaduh
Sekianlah artikel Gagal Bersaing Dengan Si Suami, Tun Dr Mahathir Ajak Isteri Orang Pula Bergaduh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gagal Bersaing Dengan Si Suami, Tun Dr Mahathir Ajak Isteri Orang Pula Bergaduh dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/gagal-bersaing-dengan-si-suami-tun-dr.html