Judul : Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini?
link : Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini?
Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini?
Hairan bin ajaib. Berlian merah jambu 22 karat berbentuk hati yang kononnya dijadikan hadiah kepada isteri individu dikenali sebagai Malaysian Official I (MOI) bernilai AS$27.3 juta (RM116.7 juta) serta 27 barang kemas 18 karat lain bernilai AS$1.3 juta (RM5.6 juta) yang didakwa diperoleh melalui dana dicuri dari 1MDB, semuanya tidak tersenarai dalam dokumen rampasan DOJ.
Adakah ini bermakna tidak ada apa-apa bukti bahawa barangan kemas berkenaan benar-benar wujud dan tidak dalam milikan 'isteri MOI' atau adakah ini bermakna barangan kemas berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan sebarang pengubahan wang haram? Semakan pada 251 halaman saman pelucuthakan Saman Sivil DOJ yang difailkan pada Khamis lalu menunjukkan, tiada berlian merah jambu isteri MO1 atau barang kemas terbabit diletakkan dalam senarai 16 aset baru yang kononnya akan disita pihak berkuasa Amerika Syarikat itu.
Kedua, sekiranya berlian dan barangan kemas berkenaan tidak disenaraikan sebagai item yang hendak dirampas, kenapakah cerita dongeng berkenaan diceritakan secara meluas di dalam kenyataan Saman Sivil berkenaan? Adakah Saman Sivil DOJ adalah dokumen undang-undang yang sah dan sahih atau ianya sekadar novel fiksyen Robert Ludlum.
Menulis butiran terperinci barangan kemas berkenaan seperti dalam Saman Sivil tanpa ada asas tindakan undang-undang yang hendak diambil atau sebagai pembuktian untuk didakwa di mahkamah menimbulkan persoalan apa motif sebenar DOJ.
Umum mengetahui siasatan oleh DOJ terhadap 1MDB dicetuskan oleh aduan yang dibuat pihak tertentu. Tindakan pengadu itu kurang lebih sama dengan agenda pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam Saman Sivil berkenaan. Malah, aset yang didakwa DOJ diperolehi dari sumber yang salah dan mahu dilucuthak, secara faktanya dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB,
Oleh itu, permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Abdul Rahman Dahlan bahawa Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu dalam kes Saman Sivil tersebut, wajar diambil berat oleh DOJ. DOJ wajar mendedahkan identiti mereka agar Malaysia dapat mengesahkan apa kaitan pengadu itu dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,
Demikianlah Artikel Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini?
Sekianlah artikel Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/berlian-kontroversi-tidak-tertakluk.html